Thursday, May 5, 2011

Kenapa Susah Pulak Nak Ping Entry Malam Ni..

Betullll.. Ini bukan cobaan tapi betul betul kejadian.. Selalu senang aje nak ping entry kat group2 di Facebook.. Capy pastu paste aje dan settle.. Tapi malam ni..


Nampak tak.. Sekarang ni kena tulis CAPTCHA la pulak... Kalau satu hari 4 entry mau kena tulis 4 kali benda captcha tu.. Kalau satu hari ada 4 entry dan nak ping ke 2-3 group.. uwaaaa whyyyy oh whyyyy.. Mak Dara memang allergic dengan benda captcha2 ni huhuhu

Uols kena tulis benda tu jugak tak? Ataupun mak Dara sorang aje yang kene? cerciter cerciter cerciter =)

GULAGULA Yang Panasssss

Mak Dara , suami Mak Dara dan dan adik adik Mak Dara iaitu Tuty dan Rina baru saja balik dari majlis pelancaran album kumpulan GULA GULA di sebuah golf Club di Sri Damansara.


Mak Dara, Tuty dan Rina baru tiba

Sesampainya kami disana kami disambut mesra oleh Kak Jasmin Looi dan kami dibawa masuk kedalam . Di sana kami bertemu dengan Abang Hadi Hassan iaitu penerbit bagi album GULA GULA ini. Tidak lama lepas tu Majlis Pelancaran bermula. Gula Gula keluar dengan mendendangkan dua buah lagu terbaru mereka. lagu pertama ialah Lagu SUKA GITU dan lagu kedua adalah Kongkong. memang Panassss dan bertenaga persembahan mereka..
GULAGULA menyanyikan lagu SUKA GITU

GULAGULA menyanyikan lagu Kongkong
Setelah GULAGULA mendendangkan kedua dua buah lagu baru mereka itu sesi temuramah bersama para wartawan bermula.. Pelbagai soalan diajukan kepada kesemua ahli kumpulan GULA GULA, Abang Hadi Hassan dan juga En Habib yang merupakan pemilik syarikat JAMU MAK DARA yang menjadi penaja bagi kumpulan ni. Memang bertuah kumpulan ni belum album keluar tapi dah ramai yang sponsor. Dengar cerita Inner Shine pun ada sponsor diorang jugak.

GULA GULA, Abang Hadi & En Habib menjawap soalan wartawan

  Sesi temuramah Sesi temuramah

Abang Naz tidak lepaskan peluang untuk TERJAH.. =)

 Mak Dara bersama hadirin yang hadir di majlis itu

 
Mak Dara , Rina & Tuty


Bila ditanya tentang soalan tentang respon yang diterima oleh kumpulan GULAGULA ini, Abang Hadi Hassan sebagai penerbit menjawap bahawa kumpulan ini menerima bermacam macam jenis respond dari peminat dan juga para blogger. Katanya ada yang suka dan ada yang tidak dengan kehadiran mereka di dalam industri muzik ni.. Mereka menerima semua pujian dan kritikan itu  dan cuba untuk membuat dengan lebih baik dan cuba memuaskan semua pihak.. 

Apa apapun Mak Dara ucapkan selamat berjaya kepada kesemua ahli kumpulan GULA GULA.. Semoga tabah menempuh dunia seni ini..

GULA GULA Kumpulan ala ala KPOP



Hari ni Mak Dara dan kumpulan Mak Dara iaitu D'ADZA telah dijemput untuk kemajlis pelancaran kumpulan GULA GULA ni.. Penerbit album ini iaitu Hadi Hassan iaitu adik kepada penyanyi popular Salamiah Hassan adalah juga penerbit lagu untuk album D'ADZA dulu.. So.. Mak Dara kenalah support produk terbarunya in kan hehe

Mak Dara tak berapa tahu sangat tentang kumpulan Gula gula ini selain dari konsep album mereka ni berkonsep ala ala K Pop . Hari ni terujaaa Mak Dara nak tengok persembahan mereka di majlis pelancaran album yang akan berlangsung pukul 3 petang ini..

Nanti balik Mak Dara update ye.. Tungguuuu..


KEMPEN "I LOVE MOM"

Errr Hari ni mood Mak Dara ada sikit tukau.. Terasa nak speaking London pulak di tengah tengah hari ni.. Harap harap korang layanzzz ajelah angin meroyan Mak hari ni yer keke


Celebrations of mothers and motherhood occur throughout the world. So don't miss out to celebrate this wonderful day with your Mom. This is the 3rd year i've being doing the same campaign =)

Show your love by putting your picture with your mom as your profile picture on Facebook today untill the end of mother's day.

You can also take this picture and make it your profile picture to support this campaign..
Let's show the world how much we love our Mom.. Happy Mother's Day to all mother's all over the world!!
Click HERE to join the campaign..

TERUNA TERHANGIT DIPASARAN

Haaa malam ni Mak Dara nak ceciter kat uols tentang seorang TERUNA YANG TERHANGIT DIPASARAN.. Bukan dipasaraya ye hehe.. Tapi takdelah hangit mana pun saje je Mak dara suka kenakan satu satunya adik teruna Mak Dara ni. Nama adik Mak Dara ni Adza Edie Izwan atau nama manjanya di kalangan keluarga ialah... intan payung... Wakaka tersedak dan berdekah dekah Mak Dara sambil tulis benda ni.. Hehe takdelah kami panggil dia Edie aje..


Dipendekkan citer.. adik Mak Dara yang baru putus cinta ni kini menghabiskan masa masa terluangnya sebagai orang bujang kembali dengan membuat filem pendek dan kebanyakkan videonya kelako belako.. dan video terbarunya tu dah dia daftarkan dan masuk WWOW Digi Award.. Maka selalulah dicanangkan penyertaannya disegenap tanah jajahannya dan keseantero pelusuk FB cuma tidak di majalah mangga sebab adik Mak Dara ni tak sanggup bergambar berseluar pendek dan tak berbaju dalam swimming pool kekekeke




Inilah antara perbualan Mak Dara dan adik Mak Dara sorang tu.. Tetiba dia minta Mak Dara buat satu entry utk dia.. Maka terlahirlah entry khas ni.. Nak tengok videonya.. Cetengok cetengok cetengok dibawah.. Video bertajuk HELLO SAYANG..



Kalau sudi votelah utk video adik Mak Dara ni yer.. klik di SINI untuk mengundi.. tengkiuuu sumerrrrr jasamu kukenang... Pada yang nak berkenalan dengan adik Mak Dara yang baru aje single mingle ni sila ambik nombor di kaunter 4 yer kekekekeke =)