Friday, May 6, 2011

Rancangan MENTOR pasti best kalau...

Agak frust untuk menonton AKADEMI FANTASIA membuatkan Mak dara cuba menukar angin untuk melihat rancangan rancangan yang sekawasan dengannya.. Dan yang paling hampir dengan konsep AF adalah rancangan MENTOR..


Memang tak disangkal lagi.. Persembahan peserta MENTOR lebih baik dan kelihatan lebih profesional dari persembahan beberapa pelajar AF.. Mak Dara memang tertarik nak tengok. Cumaa.........

Rancangan MENTOR pasti best kalau... tak ada scene scene di belakang tabir. Yup scene dimana Abang Naz pergi interview para peserta dan mentor diorang.. 



Memang tak ada salahnya.. memang satu kelainan.. Tapi entahlah.. Mak Dara rasa macam tengok rancangan Melodi lah pulak.. Dah jadi macam dalam sesi terjah pulak. Kalau tak ada babak di belakang tabir lebih best kot.. Tanpa provokasi dan komen komen seperti mahu melaga lagakan peserta rasanya rancangan itu akan nampak lebih eksklusif ..

Entahlah.. Ini pendapat masing masing.. Ada yang suka dan ada yang tidak..Jangan terjah Mak Dara udah le ye.. Mak Dara hanya meluahkan pendapat Mak Dara aje =)

Sesi Make Over

Cetengok cetengok ada yang lain tak di blog Mak Dara ni... Nampak tak.. Nampak tak.. Haaa nampak kan? Header blog Mak Dara ni bergerak gerak kan =)

Mak Dara nak ucapkan terima kasih pada adik Fahmi Mahat @ fahmimahat.blogspot.com sebab tolong Botoxkan header Mak Dara tu kasi ejas cantekk sikit dari sebelumnya.. Memang laju Adik Fahmi ni buat keje.. Baru semalam tempah.. tengah hari tadi dah siap.. 

Pada mulanya Mak Dara minta adik fahmi tolong buat mata Mak Dara pada header tu kasi berkenyit kenyit tapi dia kata tak boleh buat.. So dia buat kasi ada effect.. Oklah kan dari terduduk kosong je kat atas tu..Klik disini jika uols nak tempah flash header dari adik Fahmi ni yer fahmimahat.blogspot.com..

So apa pendapatan korang.. Ok ke header Mak Dara ni?

PINKY MOMMA ajak gelak smpai terkeluor gusiku ;D


Pagi ni Mak Dara nak join 2 segmen satu segmen Gegar dari BA dan satu lagi segmen PINKY MOMMA ajak gelak smpai terkeluor gusiku ;D yang dianjurkan oleh Pinky Momma. So disini Mak Dara nak sharekan pengalaman lucu Mak Dara semasa di India.. Layanzzzzzzz ye..

Urutan Ayurveda di Kerala India


Mak Dara di pusat peubatan dan urutan Ayurveda di Kerala India

Mak Dara ni memang kaki berurut.. boleh kata sebulan-dua bulan sekali mesti Mak Dara gi berurut. Lenguh lenguh badan dan stress stress boleh hilang bila gi berurut ni. Yang bestnya suami Mak Dara pun suka berurut jugak. Tapi kalau dia nak berurut Mak Dara pastikan yang tukang urutnya lelaki le hehe. Tapi kami selalunya pergi couple massage. Senang nampak dia diurut di depan mata hehe.. Bukan tak percaya suami, tapi tak percaya pada yang mengurutnya tu wakakakaka..

Suami Mak Dara di pusat peubatan dan urutan Ayurveda di Kerala India

Ini cerita masa Mak Dara ke Kerala India 3 bulan lepas. Apa lagi.. kepala Mak Dara pikir nak merasa urutan cara orang india pulak.. Sebab sebelum ni di percutian Mak dara yang lepas lepas Mak Dara dah rasa Thai Massage di Bangkok , dan Mak Dara juga dah merasa Balinesse Massage masa Mak Dara ke Bali dulu. Mak Dara dan suami pun pergilah ke tempat urutan Ayurveda yang terkenal di Kerala India. Tempatnya di tepi tasik dan hanya boleh kesana melalui house boat.

Setibanya kami disana, Kami ditanya apa yang sakit oleh seorang Doktor Ayurveda . Rupanya lain penyakit lain cara urutannya. urutan dia ada yang sejam, 2 jam dan ada sampai berhari hari. Nasib baiklah Mak Dara dan suami takde penyakit jadi kami ambik pakej yang sejam aje. bayangkan kalau ambik pakej yang berhari hari punya, mau lenyau badan kami haha


Mak Dara di bilik Doktor Ayurveda.
Lupa pulak nak ambik gambor doktor tu sekali hehe

Mak Dara dan suami di masukkan ke dalam bilik yang berasingan. Maka bermulalah sesi urutan ayurveda. Perghhhhhhh satu pengalaman yang tak dapat dilupakan dan mengerikan bila "minachi' yang nak mengurut Mak dara tu meminta Mak Dara membuka semua pakaian Mak dara dan diberikan sehelai kain kechikkkkk untuk menutup apa apa yang patut. pada mulanya mak Dara rasa macam nak lari keluar dari bilik urutan tu.. tapi pikir balik lantak lah.. Mak dara takkan jumpa lagi minachi yang mengurut Mak Dara tu. So Mak dara turutkan jua.

Mak Dara kemudian dibaringkan di atas satu katil kecik khas untuk mengurut. Sekali lagi Mak Dara dikejutkan bila badan Mak Dara penuh dilumur minyah. Mak oiii rasanya macam 2 atau 3 paket minyak yang disapu kat seluruh badan Mak Dara ni. Pendek cerita Mak Dara ni diuli uli selama satu jam bagai menatang minyak yang penuh.. terasa badan ni nak kena salai jer bila penuh dengan minyak haha.

(ini bukan Mak Dara yer hehe) tapi macam ni lah minyak
yang disapukan di badan mau 3 kilo minyak untuk badan Mak dara yang gebu nih haha

Lepas sejam disalai err diurut hehe Mak Dara di bawa masuk kedalam bilik mandi. Mak Dara dikejutkan sekali lagi bila minachi tu memandikan Mak Dara. Mak oiiiii terasa macam budak budak pulak. Gamaknya, ni lah perasaan anak anak Mak Dara bila Mak Dara mandikan diorangkan..


Mak dara bersama tukang urut ayurveda

Bila semuanya dah selesai, Mak Dara dan suami naik semula ke house boat. Di sana kami bantai gelak sakan dengan pengalaman kami diurut. Tapi bagai orang kata, masuk kandang kambing mengembek, masuk ladang rimau mengaum.. masuk pusat perubatan ayurveda meminyak hehe.

Tajuk : BEN ASHAARI GEGAR BLOG MAY 2011



Bersedia atau tidak kita GEGARRRRRRRRR blog ituuuu... Hehehe over exited lah pulak Mak Dara tetengah hari macam ni.. Tu la sapa suruh bekfes cokodok ngan kopi panaih.. Satu kombinasi yang amat membahayakan diri.. Jadi terlebih aktif hehe.. Korang layanzz ajelah ye meroyan Mak Dara ni tengah hari rembang ni  =)
Ok.. BA dah buat segmen GEGARnya kali ni utk bulan Mei pulak.. Jangan ketingganlan .. Klik di SINI untuk menjoinkan diri.. =)

Pada rakan rakan yg sama sama join dan datang ke entry ni untuk meninggalkan jejak, Mak Dara nak ucapkan selamat datang ke blog Mak Dara yang kerdil ini dan jom sama sama kita kasi GEGARRRRRR!! Harap harap takde yang jatuh dari kerusi yer =)

MAK DARA NAK UBAH WAJAH

Jangan terkejut.. Mak Dara bukan nak ubah wajah.. Nak buat botox atau sekawasan dengannya. Bukan.. Kisahnya macam ni.. Mak Dara berblogwalking tadi dan tiba tiba mata terpaku bila melihat...


 Dalam entry ni header tu tak bergerak geraklah.. Tapi di blog Adik Fahmi ni header dia memang bergerak gerak.. Mata pun layannnnz aje bila tengok .. Jadi macam budak budak balik pulak rasanya hehe.. Tapi serius Mak Dara suker.. Tak pecaya cetengok sendiri di blognya @ fahmimahat.blogspot.com Cunn kan..

Membuatkan Mak Dara lebih teruja bila dapat tahu bahawa Adik Fahmi ni ada mengambil tempahan membuat Flash Header.. Apalagi terusssss Mak Dara contact utk buat tempahan...


Tak lama lagi bakal bertukaulah wajah header Mak Dara ni... Tungguuuuuuuuuu