Saturday, May 7, 2011

Omak TOP IMAGINE - INILAH OMAK DEN part 3

Entry kali ni amat istimewa kerana yang joinkan diri ni bukan calang calang orangnya.. Antara rakan blogger tegar yang pernah Mak Dara jumpa.. hehe Orangnya tidak lain dan tidak bukan adalah TOP IMAGINE.. Terima kasih Top kerana sudi joinkan diri.. Amat amatlah menghargainya.. Ok moh kita berkenalan dengan ibu Top.

Nama penuh Ibu Top ni ialah ROSAYA BINTI JUSOH.... dilahirkan di Melaka dan dari kecil menetap di Melaka... Beliau di lahir kan pada 4 Mac 1961... Beliau bekerja sebagai guru di Sekolah Rendah Arab Al-Falah Pernu Melaka.. Ohh rupanya Top ni anak guru besau... 


Tapi dengar cerita Puan Soraya ni bertarung dengan pelbagai penyakit... walaupun dari segi zahirnya nampak seperti wanita yang sihat, tapi didalamnye hanya beliau je la yang menanggung... Dahulu, beliau pernah menjalani pembedahan kanser usus dan alhamdulillah pembedahan itu berjaya..sekarang ni beliau sedang memerangi penyakit darah tinggi dan kencing manis... Mak Dara doa doakan agar Puan Soraya tabah mengahdapi semua ini dan cepat lah sembuh ye. Ok nak tahu lebih lanjut sila klik di SINI ye..

p/s: kim salam dengan Omak Top ye =)

MAK NGAH - INILAH OMAK DEN part 2

Kali ini Mak Dara nak review entry dari cik Pyqah yang sudi menjoinkan diri dalam segmen Mak Dara iaitu "INILAH OMAK DEN" . jom berkenalan dengan pula dengan Ibu Cik Pyqah iaitu Puan Asiah bt Darjini. Puan Aishah Berasal dari Tangkak Johor...Ibu Cik Pyqah ni JAWA walaupun xreti sgt cakap tapi dia paham la gak kalo familynya  bercerita dalam nahasa JAWA.. Puan Aisha dilahirkan pada 4 APRIL1965.. Merupakan anak kedua dari 11 adek beradik

 

Dengar cerita Puan Asiah ni GARANG mcm HARIMAU,..hehe.. Biasalah Ibu memang harus garang sikit dalam mendidik  anak anak. Barulah anak anak hormat dan dengar cakap ibunya =) Nak tahu lebih lanjut mengenai kesukaan Ibu Cik Pyqah ni jom klik di SINI ye =)

Oh Cik Siti - INILAH OMAK DEN part 1

Oh Cik Siti.. Mak Dara nak clap clap clap laju laju pada Cik Siti.. Cik siti memang yang paling pantas join segmen Mak Dara "Inilah Omak Den" . Terima kasih le dik.. Mak suker...

Moh berkenalan dengan Ibu Cik Siti ni.. nama ibu kepada Cik ialah Adlina...Wahhh Nama Ibu Cik Siti memang moden.. Mak suker.. Puan Adlina dilahirkan pada 25 March 1963...

Cik Siti bersama Ibunya Puan Adlina

Wahhh nampak muda Ibu Cik Siti ni.. Dari gambar ni nampak macam adik beradik aje kan..Kalau nak tahu apa rahsia awet muda Ibu Cik Siti ni korang kenalah ke blog Cik Siti dan tanya tuan ampunya anak yer hehe..
Sila klik di SINI.a

Mak Dara nak ambil kesempatan dan ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada Puan Adlina dan seluruh kaum Ibu di mana sahaja anda berada..

Kagum dengan MaggiBOY

Memang kagum... Memanglah anak sendiri.. Mak mana yang tak kagum yer tak.. Tapi kali ni Mak Dara betul betul kagum dengan anak mak dara si MaggiBOY ni.. Kenapa? ye lah.. Tetiba bukak aje blognya ada entry terbaru yang dia tulis.. Nak tahu entry mengenai apa. Cebaca cebaca cebaca dibawah ...



Macam mana budak beumur 12 tahun boleh mengingati pemergian Bat Latiff sedangkan kita langsung tak ingat hehehe .. Anak Mak Dara ni memang lain sikit.. Kalau kanak kanak zaman sekarang lebih meminati Justin Beiber dia lebih minat pada artis artis zaman dulu dulu..Idola dia pun Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan Sudirman. Di biliknya penuh buku buku mengenai mereka. Kalau Mak Dara memang peberet la kalau dengar radio kompomm dengar Radio Era atau Hot FM tapi anak teruna Mak Dara ni hari hari dengar Klasik Nasional aje kat bilik dia tu.. Memang kami satu family pun hairan dengan minatnya ni.. Tapi apa apapun.. Bagus juga dia minat lagenda lama lama.. kalau takde yang lama mana nak datangnya yang baru kan..

Poster P.Ramlee dan Saloma, buku lagu-lagu P.Ramlee, buku tentang P.Ramlee dan radio (sedang mendengar Klasik Nasional)
Pada yang nak baca entrynya mengenai pemergian Bat Latiff silalah ke blog MAGGIBOY @ http://adzahaiqal.blogspot.com/ =) Sebelum tu mari kita sedekahkan Al Fatihah kepada allahyarham Bat Latif... AL FATIHAH...



p/s: pada yang telah join segmen "INILAH OMAK DEN" tunggu mak dara akan terjah korang nanti =)

"Wacana Pengenalan Bersama Bro Wacana"


Ini merupakan pertama kali Mak Dara sertai segmen dari Blogger hebat WACANA.. Segmen ni memang menarik.. Kira macam segmen suai kenal antara rakan rakan blogger.. Memang tak boleh tak menjoinkan diri.

Kenapa Mak Dara nak Berblog? hmm satu soalan yang sungguh best.. sebenarnya Mak Dara memang gila menulis. Mak Dara dapat tahu yang Mak Dara amat minat dalam bidang penulisan semasa mak dara sekolah rendah lagi. Bila cikgu Bahasa Malaysia Mak Dara minta Mak Dara dan satu kelas buat karangan dengan ayat bermula dari... Suatu hari ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah, saya telah... semua rakan sekelas Mak Dara tulis kena kejar anjung lah.. tersesatlah dan macam macam cerita yg "cliche" .. tapi mak dara tulis bagaimana Mak dara telah diculik oleh sekumpulan penculik dan menceritakan pengalaman menjadi tebusan dan bagaimana akhirnya diselamatkan dan malangnya kerana ayah terkorban dalam adengan tembak menembak antara polis dan penculik. hahaha cikgu puji meleleh leleh membuatkan Mak Dara kembang semangkok. Namun cikgu bukan hanya memuji tapi juga marah.. Kenapa? Kerana cikgu suruh buat karangan 150 patah perkataan aje tapi Mak Dara bantai tulis sampai 3 mukasurat lebih. Cikgu kata kalau exam sure kena potong markah hahaha..

Bila dah besar Mak Dara bertemu suami , Martias Ali seorang Penulis Skrip drama yang amat berbakat. Setelah berkahwin akhirnya Mak Dara terus ikut jejak langkah suami dan turut jadi penulis skrip drama dan filem. Setelah 14 tahun Mak Dara terlibat dalam dunia penulisan kini hampir 62 buah skrip drama dan filem telah ditayangkan di TV antaranya Nek Nak, Saka, Bola Cinta, Songkok, Cuci Cuci Services dan banyak lagi..

Menulis skrip selalunya Mak Dara terpaksa ikut jalan cerita pihak producer. Tapi banyak yang tersurat dan tersirat yang tak dapat Mak Dara luahkan. Cari punya cari punya cari akhirnya Mak Dara dapat jawapannya.. BLOG!!

Sebenarnya Mak Dara dah lama berblog. kalau tak silap dari tahun 2008 lagi. Blog pertama Mak Dara ialah blog ADZA IRDAWATI . Blog ini lebih mengenai semua skrip skrip yang pernah Mak Dara hasilkan. Anda boleh klik di SINI kalau nak tengok semua list tajuk tajuk drama yang pernah Mak Dara hasilkan =)


 Blog kedua Mak Dara pula mengenai band mak dara iaitu D'ADZA. Di blog ini Mak Dara banyak menulis aktiviti D'ADZA dari sebelum dan selepas terbitnya album single pertama kami dan semua aktiviti promosi yang telah kami lakukan.


 Tapi kedua dua blog ni macam terlalu formal dan Mak Dara masih tak dapat meluahkan apa yang selalu bermain di kotak fikiran Mak Dara. Maka akhirnya Mak Dara ambik keputusan untuk buat BLOG baru dan nak tulis apa saja yang bermain di kepala ni tanpa ada batasan.. Maka lahirlah blog BICARA MAK DARA..


Syukur alhamdullilah.. Blog ni telah bersiaran selama 3 bulan lebih dan bakal masuk bulan keempat pada tanggal 17hb Mei nanti.. Mudah mudahan Mak Dara dapat terus berblogging selagi terdaya dan termampu.. insyaallah...Pada yang ingin join segmen ini sila klik di SINI ye..

Segmen "INILAH OMAK DEN"


Sempena dengan hari Ibu yang bakal tiba mohle kita perkenalkan Ibu ibu kita . Asyik kita kenalkan diri kita aje dalam dunia Blog ni apakata kita kenalkan orang yang telah memperkenalkan kita di dunia ini. Jom join segmen picisan Mak Dara ni iaitu Segmen "INILAH OMAK DEN"  Berminat ? Ate moh le buat entry..
  1. Tajuk : "INILAH OMAK DEN"
  2. Letak header Mak Dara di atas tu
  3. Sila ceritakan sikit tentang Ibu anda.. Kalau ada gambau lagi cun..
  4. Tinggalkan url entri korang kat sini .
Tak sabar nak berkenalan dengan Ibu Ibu anda =)