Sunday, May 8, 2011

V.I.B - Very Important Bloggers Club


Haaaaa.... Page ni khas untuk semua rakan Bloggers.. Anda semua adalah VIB.. Very Important Bloggers.. Moh le promote blog blog anda semua di sana.. Disana.. Disana......

Klik di SINI untuk ke page ni yer.. V.I.B - Very Important Blogger

Nak Cari Hadiah.. Nak Cari Hadiah..

Waaaaa... memang Mak dara ni suka buat keje last minit lah... Hish... Hari ni baru nak keluar cari hadiah untuk Hari Ibu untuk Ibu Mak Dara.. huhuhu.. Memang agak sibuk le sejak dua menjak ni semua keje ditangguh tangguh..Hadiah apa yang sesuai untuk Ibu Mak Dara ni yer.. Blur betul.. Ada cadangang.. Cadangan dibukak ni haha..

Pada yang nak plan nak kasi hadiah hari Ibu pada Mak Dara tu tak payah le susah susah nak cari hadiah.. Klik di SINI dan vote Mak Dara utk Top Kay Poh Award ye.. Sekarang dah ditangga keempat dah ni hehehe Itu merupakan hadiah paling bestttt dan yang amat amat Mak Dara harap2kan hahaha.. sempat pomot jugak tu kan kan kan hehe =)

Oklah sumer .. Hari ni nak MC dr berblog barang 4-5 jam.. Nak beli hadiah dan sambut hari Ibu bersama Ibu yang tercinta dan keluarga yang tersayang..

SELAMAT HARI IBU !!!! dari Mak Dara sekeluarga!!!

Dari kiri- Adza Edie (adik), Adza Adzriyati (kakak), Adza Rinawati(adik), Adza Nasyaemie(adik) , Adza Tutyrianti (Adik) Pn. Zaleha Md Darus (ibu) dan didepan sekali.. Mak Dara le hehehe

JOM BERTUKAU GAMBAU

Hahaha.. Bila baca tajuk entry ni Mak Dara gelak sendiri.. Entah kenapa sejak dua menjak ni Mak dara suka cakap loghat lain lain negeri.. Kejap loghat melaka, kejao loghat nogori, pastu peghok .. Sure ramai heran Mak Dara ni orang mana sebenarnya.. Mak Dara ni ekceli campuran Mami Penang dan sikit Kedah.. bila dicampur kedua duanya terus le jadi rojak yang telah kembang.. Tu yang merapu sakan tu haha... Ehh dah lari tajuk ni..

Ok.. Sebenor benornye.. Mak Dara nak ajak awok awok sumer tukau gambau profile picture anda di Facebook tu dengan menggantikan gambar anda bersama ibu anda. Haa kira macam sesi menayangkan Ibu kita masing masing lah kan.. Acara ni dah 3 tahun Mak Dara buat setiap kali datangnya hari Ibu. Tapi tahun ni agak lewat sikit nak mula haha.. Sibuk sikit kebelakangan ni..

Mohle tunjukkan bertapa sayangnya kita kepada Ibu kita.. Pada yang telah ketiadaan Ibu Mak Dara doakan semoga anda tabah dan sama samalah kita sedekahkan alfatihah kepada mereka yang telah tiada semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman.. Dan kepada yang masih mempunyai Ibu tu.. Sesungguhnya hargailah Ibu sementara mereka masih ada.. 

Selamat Hari Ibu sumer.. Sebelum nak tutup tirai entry malam ni.. Mak Dara nak tayang Ibu Mak Dara jap.. Taraaaaaa...


Selamat Hari Ibu mak!!! Ur simply the bestttt and I love you more than life itself.. muahhhh