Monday, May 9, 2011

Dah tengok?

Ada yang dah tengok drama bersiri BIAR RAHSIA yang ditayangkan di RTM 1, 9:00 mlm tadi.. Rupa rupanya dah masuk episod ke 4.. sendiri tulis pun boleh terlepas haha.. Memang selalu Mak Dara terlepas tengok drama hasil tulisan skrip sendiri.. Ya la anak anak dah monopoli remote control maka hari hari kena layan channel 611 cartoon channel aje la.. Pada yang tak berkesempatan nak tengok Mak Dara ada snap snap picture dkt TV tadi.. Tapi sayangnya tak baper clear.. Takpe lah layan aje la ye hehe






Rusdi Ramli dan Siti Fazurina


Irma Hasmi


sepasang kembar seiras yang mencintai lelaki yang sama


Siti Fazurina dan Qazem Nor



Drama ni dah ditayangjkan pada tahun 2008 dan diulang tayang lagi tahun ni.. Harap harap anda suka dengan drama ni =)

BIAR RAHSIA

Hi uols... Ni Mak Dara nak habaq mai... Kalau free free tu tontonlah drama bersiri bertajuk "BIAR RAHSIA" yang akan ditayangkan di RTM1 pukul 9:00 malam nanti dalam slot MAHLIGAI.. Skrip drama ni ditulis oleh Mak Dara, suami mak dara Martias Ali dan adik Mak Dara iaitu Adza Nasya emie..



Skrip drama bersiri ini adalah skrip yang ke 31 pernah Mak Dara tulis.. drama ni pernah ditayangkan pada tahun 2008 dan diulangtayang lagi pada tahun ni alhamdullilah.. Dibawah ni sedikit detail tentang drama ni ye..

Tajuk Drama: Biar Rahsia
Durasi: 26 episod
Skrip Oleh: Adza Irdawati, Adza Nasyaemie dan Martias Ali
Penerbit: David Teoh
Syarikat: Metrowealth Production (MIG)
Siaran: RTM1 (2008)

Drama bersiri 26 episod berjudul BIAR RAHSIA merupakan hasil penulisan skrip saya yang ke 30. Drama ini membariskan pelakon pelakon hebat seperti rusdi ramli, ijoy Azhari, Siti Fazurina, irma hasmi, fadzilah mansur, Rosnah Johari, Qazim nor dan ramai lagi.

Drama ini mengisahkan tentang kisah hidup pasangan kembar Danina dan dahlia. Atas desakan hidup memaksa Dahlia beridentitikan kakak kembarnya Danina yang sebenarnya telah meninggal dunia. Kerana takut berdepan kenyataan kehilangan anak dan suaminya, Dahlia memungkiri janji yang pernah diikrarkan dihadapan arwah kakaknya suatu masa dahulu.

Selamat menonton =)

100% tak setuju dengan cara teguran blogger ini

Memang terkejut bila membaca entry blogger wanita ni.. Memang Mak Dara akui yang Mak Dara pun mcm dia tu jugak.. tp sedang dalam proses perubahan.. Mak Dara tak nak komen, hanya satu aje yang mak dara nak cakap.. 100% tak setuju dengan cara teguran blogger ini..

klik di SINI dan nilaikan sendiri..

Harap maaf.. Mak dara terpaksa remove balik backlink diatas

TOMOK HERO MALAYA

Wahhh banyak betul filem filem yang berkualiti tinggi yang dikeluarkan oleh penggiat filem negara kita.. Syabas... Kalau dulu nak tengok wayang yang banyak sold out citer omputih.. sekarang filem filem melayu pun dah mengalaminya.. Memang amat amat dialu alu dan dinanti natikan oleh penggiat filem selama ini... Terbaru filem yang akan berada di pawagam yang tak sabar nak ditonton oleh Mak Dara iailah filem MANTERA!!



perghhhh macam TRANSFORMER!!! Tomok jadi hero jangan terkezuttt.. Bila tengok trailer filem ni di youtube bertambah teruja Mak Dara untuk menontonnya..


trailer filen MANTERA

Best kan.. best kan.. =)