Tuesday, May 10, 2011

Contest Mata Paling Cantik


Malam ni Mak Dara nak join satu lagi contest anjuran Hikayat Sang Luncai.. Banyak bebenor pulak Mak dara menjoinkan diri dalam contest contest sejak kebelakangan ni kan.. Ini lah penangannya bila menang beberapa contest bulan lepas termasuklah contest adik cumil Yuyu Zulaikha dan juga dari Supermodel's Secrets beauty store . Kira macam pemangkin semangat untuk mak Dara terus mencuba nasib..

Syarat-syarat untuk join contest ni :

1) Korang mesti ada Blog dan akaun Facebook. ADA

2) Jadi follower blog Hikayat Si Luncai. supaya senang nak inform apa-apa pasal contest ni. Lepas contest ni habis, nak unfollow pun takpe. DONE (Mak Dara follower ke 1001)

3) Kena LIKE page Sweetpink Lens Shoppe di Facebook yang juga sebagai sponsor rasmi untuk contest ni. DONE

4) Letak banner kat sidebar blog korang dan link kan ke entri ni DONE

3) Buat simple entri mengenai contest ni. Letak gambar korang. Pastikan gambar korang close up bahagian muka dan mata. Gambar paras pinggang pun boleh janji nampak terang. Tak kesah la gambar pakai contact lens ataupun tanpa contact lens. Korang boleh letak banyak lebih dari satu gambar tapi luncai akan pilih satu je. DONE

4) Tag 3 orang rakan blogger korang.
DONE. Mak Dara nak tag 1) MeggiBoy, 2) MartiasAli.com 3) SUPER IBU

5) Tinggalkan link entri contest korang dekat bahagian komen entri ni. DONE

Ok Mak Dara nak pertarukhkan gambar dibawah untuk menyertai contest ini..



Untuk pengetahuan.. Dalam gambar ini, Mak Dara mengenakan dua pasang contact lense dari dua jenis warna yang berbeza. Sebab itulah colour dia lain sikit.. Tips ni Mak Dara dapat dari makeup artist Rozita Che Wan =)

Pada yang nak join contest ni sila le klik di SINI ye..

Jangan Lupa!

Guys!! Jangan lupa untuk tengok drama bersiri 26 episod bertajuk BIAR RAHSIA yang akan ditayangkan di RTM 1, 9:00 mlm ni. Malam ni dah masuk episod ke 5.. Skrip drama ni Mak dara tulis pada tahun 2008 dulu bersama suami Mak Dara Martias Ali dan adik Mak Dara Adza Emie. Drama ni dah pun ditayangkan pada tahun tu.. Tapi diulang tayang lagi malam ni..

Drama bersiri ni akan keudara dari setiap hari Isnin hingga hari Jumaat. So kalau uols free free tu sudi sudilah layanz yer =)




Soalan GEGAR 1000 BLOG : MAY 2011 #1



Jawapan Soalan #1
http://anismelon.blogspot.com/

 Jawapan Soalan #2
http://citationlife.blogspot.com/

Jawapan Soalan #3
Category: Fave Tech Head

Gegar soalan pertama dah keluar !!.

Segmen Ben Ashaari GEGAR soalan pertamanya dah keluar jom cari jawapannyaaaaa jom...

image Milik siapakah header ini ?

Dah berpinau pinau mak Dara carik header milik siapa tu tapi tak dapat2 ada terlepas pandang ke ni.. Aduss kena cari sekali lagi..

Tak setuju.. Bukan sokong!

Sebelum ni Mak dara ada buat satu entry tentang Mak dara tak setuju dengan cara blogger ini membuat teguran, tapi beberapa teman Mak Dara beritahu bahawa lain pulak penerimaannya.. mereka beritahu bahawa blogger ini siap memasukkan hal ini didalam twitternya mengenai blog Mak Dara ni..





Ralat..

Aimi Jarr Meninggal Dunia

Baru sebentar tadi suami Mak Dara mendapat SMS dari rakannya memberitahu bahawa Aimi Jarr telah meninggal dunia. Terkejut kamai mendapat berita itu.





Aimi Jarr atau nama sebenarnya Omar@Abdul Majid Bin Puteh adalah seorang pelakon dan menulis skrip semenjak tahun 1962. Pernah memenangi anugerah 'Penulis Lakon Layar Terbaik(Festival Film Malaysia ) . Allahyarham telah menghembuskan nafasnya yang terakhir dirumahnya di Taman Melawati Kuala Lumpur.

Mak Dara teringat lagi semasa Mak Dara baru lepas SPM Mak Dara ada melanggan BELAJAR BERLAKON melalui pos oleh Aimi Jarr. Berbekalkan naskah yang dibeli daripada allahyarham menguatkan semangat untuk Mak dara datang ke Kuala Lumpur untuk mencuba nasib dalam bidang seni ini... Kini arwah hanya dalam kenangan...

dihadapan rumah allahyarham Aimi Jarr sekarang.

Jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Klang Gate selepas Zohor hari ini.. Mari kita sama sama sedekahkan al fatihah kepadanya.. AL FATIHAH....

Bau wangi di tengah malam..

Tengah sakan berblog tetiba Mak Dara ada terbau satu bau yang amat wangi sekali.. Mula mula tu bau dia sikit aje.. pastu makin lama makin kuat.. mata terus tengok jam.. dah pukul 12.. Ahhh sudahhhh.. Nak tegur tak berani kang salah "tegur" naya kang.. Nak tanya suami yang tengah buat skrip malas nak kacau kang lari semua idea dia ..

Mak Dara amati betul betul bau tu.. eh macam biasa ku bau wangi ni... tengok punya tengok rupa rupanya anak Mak Dara tengah sakan main perfume Mak Dara kat balik kerusi di bilik Mak dara ni.. Adoyaiii buat suspeng ajelah.. hahahaha