Wednesday, May 11, 2011

Kumpulan KPop Malaysia yang Terbaru!!

Malam ni Mak Dara nak perkenalkan Kumpulan KPop malaysia yang terbaru yang akan berentap dengan Kumpulan M Pop.. Memperkenalkan kumpulan MEGA POP!!



Hehehe amacam Ok tak hahahaha... Takdelah ini bukan kumpulan yang nak tiru KPOP ke Lolypop ke.. Ini adalah kumpulan adik lelaki Mak Dara iaitu Adza Edie bersama kumpulan sekolejnya iaitu kumpulan MEGA yang membuat persembahan di UITM beberapa tahun lepas.. Ok tak show diorang hahaha

KELAS 3 HAMPEH

Adik lelaki Mak dara, Adza Edie ni suka buat video video kelakar.. Antara video favorite yg plg Mak Dara suka ialah video bertajuk KELAS 3 HAMPEH.. cetengok cetengok cetengok..



kalau lah Mak dara jadi cikgu pada anak anak murid macam ni mau masuk tanjung rambutan haha

Lakonan : Adza Edie sebagai Cikgu dan pelajar 1 & Mohd Haniffah sebagai pelajar 2. Mohd Haniffah ni pun blogger jugak.. Klik SINI kalau nak ke blog beliau ye =)
Link

Perempuan beranak 9 dan bersuami 5

Sedih Mak Dara apabila salah seorang ahli keluarga Mak Dara menjadi mangsa terbaru kepada seorang Perempuan beranak 9 dan bersuami 5!! Yup memang betul apa yang anda baca tu.. Wanita ni mempunyai 9 orang anak .. Dan suami yang latest wanita ini adalah bekas suami ahli keluarga Mak Dara ni..

Ya memang ajal maut ditangan tuhan .. Mungkin dah takde jodoh nak buat mcm mana kan dan kami menerimanya.. Tapi apasal pulak wanita beranak 9 dan bersuami 5 ni dok hantar "benda"2 pada ahli keluarga Mak Dara ni lagi.. Sampai sakit teruk dibuatnya. Tak cukup dengan tu dia ugut nak suruh suami barunya tu rampas anak anak dari bekas isterinya ni.. Ishh buat apalah nak dijaga anak tiri sedangkan kesembilan sembilan anak kandung sendiri tak pulak dia nak jaga dan biarkan dengan keempat empat bekas suaminya tu.. Masyaallah..

Tak cukup dengan tu sekarang dalam proses untuk menghalau ahli keluarga Mak Dara ni dari rumahnya.. kenapalah kejam sangat.. Tak kesian ke pada anak anak kecil ni. Tak cukup ke dah rampas suami dan rampas kasih sayang seorang ayah kepada anak anaknya.. Masyaallah..

Takpe mungkin ini semua dugaan dari Allah swt.. Dan kami sekeluarga akan cuba hadapi bersama sama... Semoga dipermudahkan urusan perpindahan keluar ahli keluarga Mak Dara dan anak anaknya dalam sehari dua ini.. dan semoga anak2 kecil & ibunya yg teraniaya tu akan dilindungi, amin... Dan semoga Perempuan beranak 9 dan suami terbarunya yang ke5 ini mendapat pembalasan atas penganiayaan ini oleh Allah swt ...

Mak Dara dan Pemilik Jamu Mak Dara

Akhirnya Mak Dara dapat bertemu dengan pemilik syarikat Jamu Mak Dara iaitu En Habib dalam satu majlis di Kuala Lumpur seminggu lalu.. Jumpa dah seminggu tapi hari ni baru teringat nak update.. hehe

Mak Dara bersama En Habib pemilik Syarikat Jamu Mak Dara! =)


Adik Mak Dara, Adza Tuty pun tak lepaskan peluang
bergambar bersama En Habib =)

Memang baik orangnya dan amat merendah diri.. Asyik tersenyum aje sepanjang majlis itu.. Mak Dara tak lepaskan peluang untuk bertemunya.. Seraya berjumpa, Mak Dara borak borak bersama beliau dan akhirnya terkeluar le cerita yang Mak Dara ada sebuah blog dan saya letakkan nama sebagai Mak Dara... Sebaik mendengar itu En Habib hanya tersenyum dan kata "Oh ye ke.. Ok.. Then you must come to the teater".. Adusss Mak Dara boleh tak tahu pulak yang En Habib bakal membuat teater "Mak Dara Nyonya" arahan Rosminah Tahir yang bakal dipentaskan Pusat Pelancongan Malaysia (MTC) di ibu kota jam 8.30 malam pada 6 hingga 12 Julai nanti.Nampak sangat tak buat research kan hehe..

Tapi apa apapun memang seronok bertemu dengan beliau.. Dan akan cuba utk pergi ke persembahan teater tu nanti =)

Bila Anak Buah Turut Bertanding

Sekarang memang meriah dengan DiGi WWWOW Awards.. Sana sini sumer masuk bertanding.. Mak Dara pun tak ketinggalan .. Rasa nak tergelak pun ada.. Blog picisan macam Mak dara ni gatai pi masuk kategori blogger of the year.. Perasan betulkan? =) skrg di tangga 46 esok lusa keberatusan le tu kompom.. Dah tau dah takkan menang saje je kasi meriah haha. Lagi satu Mak dara masuk Top Kay Poh Award.. Ha ni best sikit dok kat tangga keempat..

Yang terbaru anak buah Mak Dara pun join jugak DiGi WWWOW Awards ni dalam kategori Blogger Of The Year.. Bila Anak buah Mak Dara Elia si JEJARI RUNCING tu masuk.. sebagai Mak sedara kenalah support.




Moh le ramai ramai vote Elia ye.. Klik di SINI untuk mengundi.. Eh tetiba rasa nak nyanyi lagu mari mengundi pulak haha

Ramainya peminat Gula Gula

Baru hari ni Mak Dara perasan.. Ramai jugak yang minat dengan kumpulan GULA GULA.. Tak percaya cer tengok statistik di bawah..



Kan.. Kan.. penuh aje keyword yang mencari tentang entry GULA GULA dalam blog Mak Dara ni . Patutle mulut Mak Dara rasa manis aje arini hahaha

Itu ok lagi.. ni sapa pulak yang nak search pasal topeng arnab dalam blog Mak Dara ni.. Mak Dara tak buat sewa pakaian beragam le dik hehehe...