Thursday, May 12, 2011

Kekasih Gelap Pembantu Rumah

Wahhhhh topik tak hengattt beul Mak Dara malam ni kan...Al kisahnya macam ni.. Malam ni anak anak Mak Dara tidur awal.. Mungkin sebab sakan sangat bermain petang tadi.. Ini maknanya.... Remote control TV menjadi milikku!!!!!!! kalau tak hari hari nak kena layan citer cartoon aje hehe

Sambil tekan tekan tekan tu tetiba tetekan chanel TV9.. Ada rancangan SEMANIS KURMA yang sedang bersiaran langsung sekarang.. Tengok tajuk "Kekasih Gelap Pembantu Rumah" wahhh tak pernah terpikir pulak isu ini.. Mungkin sebab bibik Mak Dara ni dah masuk kategori "kertu" dan takkan berbuat begitu kan.. Tapi bila dengar balik pebincangan mereka ni menarik betul..

Antara yang menjadi punca perkara ini terjadi kerana isteri terlalu memberi 100% tanggungjawap menjaga anak anak dan suami kepada pembanu rumah.. Ada yang kata sebab isteri selalu sibuk dan masa si suami lebih banyak bersama pembantu rumah dari si isteri.. Dan banyak lagi lah..hmmmm bahaya jugak ye..

Pada kengkawan yang ada bibik bibik .. Terutama yang ada bibik yang masih bergetah dan ada rupa tu.. Mo le cepat tengok rancangan ni.. Mencegah lebihh baik dari mengubati kan hehe..

Bukit bukan sebarang bukit.. Ini Bukuit David Teoh tau... =)

Tiba tiba Mak Dara telah ditag disekeping gambar oleh kawan FB Mak Dara. Tergelak Mak Dara tengok gambor tu..

Kisahnya kawan Mak Dara ni ke mahkhamah dan terdapat sesuatu pada dokumen yang disediakan oleh lawyernya tu... Kuat betul pengaruh David Teoh ni kan.. Sejak dia berpantun pasal "bukuit" semasa dia jadi pengkritik tetap di Raja Lawak dulu.. ramai orang gunakan perkataan tu ! Sampai Laywer pun terikut2 sama.. Cuba tengok kat bawah...

"BUKUIT"

Lawyer pun dah tertulis "Bukuit" dalam dokumen pentingnya tu.. Kuat betul pengaruh David Teoh ni ye ... hehehe.. Jangan marah ye boss bergurau aje.. Kang tak nak kasi job lagi untuk Mak Dara dan suami hehehehe


Suami Mak Dara, Martias Ali bersama David Teo
@ Festival Filem yg lepas =)


Kejap ade kejap takde macam biskut..

Kejap ade kejap takde macam biskut laa blogspot arini.. Tadi tak boleh login pastu boleh... Sejam lepas tu tak boleh buat new post sekarang boleh pulak.. Tapi still tak boleh ke dashbard.. Tak boleh nak tengok sapa yang tinggalkan komen.. geramnyaaaa.. Ikut hati rasa macam nak gegettt aje cokodok 30 bijik!!!! hehehe sempat lg pikir pasal makan tu hahaha

Tapi rasanya hanya sesetengah blog aje yang kena macam ni, dan blog Mak Dara ni antara yang malang tu huhu.. Cobaan.... Harap harap Blogspot cepat le sembuh :(

SPAM yang pandai menyamar

Bijak memang bijak.. Bijak bijak belako pembuat SPAM sekarang ni yer.. Dibuatnya SPAM tapi menyamar yang ia bukanlah satu SPAM..

"In order to PREVENT SPAM, I ask that you VERIFY YOUR ACCOUNT. Click VERIFY MY ACCOUNT right next to comment below to start the process..."
Maka ramai le yang tak mahu terkena spam lalu menekan klik .. Tanpa disedari benda yang diklik tu sebenarnya adalah SPAM.. Kesian kawan kawan Mak Dara di FB yang terkena dengan penipuan ni.. Tapi kesian juga pada Mak Dara dan beberapa teman yang tak tekan sebab di wall penuhhhhhh dengan spam spam ini..

Pada yang belum terkena tu.. Hati hati ya.. jangan klik ok.. Pesanan ini dibawa oleh minyak masak cap kaki lapan hehehe

Panikk!! Tarik Nafas!! Panik Balik!!!!!

Panik.. memang betul betul Panik Mak Dara nak buatnya!!! Rasa cam nak jerit pun ada kejap tadi.. Maunya tak jerit tetiba nak buat entry aje.. kuar benda ni..


Blogger Is Currently Unavailable..???. Laaaa apa kes pulak ni huhuhu.. Teringat balik masa blog Mak Dara ni dulu pernah kena macam ni buatkan Mak Dara rasa lagi gelabah..

Apa lagi terus tanya kengkawan di FB.. Ada yang kata kena benda yang sama.. Tak boleh buka blog.. Tak boleh buat entry.. dan macam macam lagi.. At least Mak Dara tahu yang bukan Mak Dara sorang aje yang kena..

Alhamdullilah sekarang boleh bukak balik.. phewwww terkojut den... hehehe

Adusss.. Terlepas sudah...

Al kisah Mak Dara sepatutnya menghantar sinopsis sebuah drama Merdeka kepada seorang producer sebelum pukul 9 pagi tadi.. Tapi sayangnya Mak Dara baru je celik mata setengah jam tadi.. Terlepas sudah.....

Selalunya Mak Dara bangun awal tetapi semalam Mak Dara membantu adik Mak Dara packing barang barangnya untuk berpindah rumah sampai hampir pukul 2 pagi lebih dan bila sampai rumah dah dekat pukul 3.. Dah tu camne nak bangun pukul 9 kan huhuhu..

Antara skrip skrip drama yang berunsur kemerdekaan yang pernah Mak Dara tulis bersama team penulis Mak Dara ialah Idris Beca, Dendam Kesuma, Songkok dan beberapa drama lagi







Takpe ini namanya takde rezeki.. Jadinya tahun ni takdelah drama Merdeka dari Mak Dara.. huhu