Saturday, May 14, 2011

D'ADZA dijemput buat Video klip dengan Man Maharajalawak??

Al kisah.. sebentar tadi Mak Dara dapat sms dari suami Mak Dara, Martias ALi.. Ia berbunyi..

"28hb mei, pukul 10 pagi. shooting video clip APA KAU RASA
bersama MAN MAHARAJALAWAK
di The Strange Kota Damansara"

Mak ai... bior betul.. Khabarnya lagu APA KAU RASA akan dijadikan sebagai lagu montaj untuk drama bertajuk "MAN POS MASUK KAMPUNG" yang diterbitkan oleh Abang Yusof Kelana. Skrip drama ni suami Mak Dara yang tulis...hehe

Syukur alhamdullilah rejeki lagu ni.. Walaupun amat amat amat amat jarang diputarkan di radio tapi masih ada yang sudi nak jadikan lagu ni sebagai lagu tema untuk drama drama.. Seperti yang telah dibuat dalam drama bertajuk AKU, DIA & DIA yang ditayangkan pada bulan lepas..



Ishh macam mana le rupanya video klip tu nanti yer.. Tak sabar nak shooting hehe.. Alamak kene diet ni.. badan dah macam peti ais 2 pintu dah ni .. Ish apa nak pakai ni.. Ada yang sudi nak sponsor baju? hehe

Pada yang belum pernah dengor lagu APA KAU RASA.. sebenornye lagu ni dinyanyikan oleh Mak Dara dan 3 lagi adik beradik Mak Dara iaitu Adza Yanie, Adza Tuty & Adza Rina.. Kalau nak dengor lagu ni.. ceklik ceklik ceklik di SINI ye =)

Amir Oh Amir

Semalam Mak dara nak update citer ni tapi sebabkan blogspot "sakit" semalam maka cerita tu dibawa ke harini.. Citer apa? Citer Amir Maharajalawak tu lah..




Memang dari mula lagi ramai yang tak suka dengan kehadiran Amir dalam pertandingan Maharajalawak tu.. Rata rata di status FB ramai yang mentertawakan dia.. bukan pada lawak jenaka yang dipersembahkannya.. Kesian pulak Mak Dara baca.. Pada mulanya Mak Dara tak setuju lah dengan diorang ni.. Dah rezeki dia terpilih masuk Maharajalawak biarkan la dia.. Tapi dari saban hari ke saban hari Mak Dara mula faham apa maksud rakan rakan Mak Dara itu..

Namun semalam kemuncak dimana nama Amir disebut sebut di kebanyakkan status FB rakan Mak Dara... Kenapa? Semua gara gara dia tidak menghormati pengkritik tetap si Ahmad Idham tu..Tengah elok elok orang tu memberi komen, boleh dia mencelah dan suruh Abang Mamat Khalid aje yang komen untuk dia.. Mak ai... Kesian Ahmad Idham nampak seperti terkedu apabila diperlakukan begitu.



Namun.. Abang Ahmad Idham cool dan senyum aje.. Haa itulah namanya profesional.. Takpelah semoga ini menjadi satu pengajaran untuk AMir pada satu masa nanti.. Hormat menghormati kan amalan mulia.. Mak Dara doakan semoga Amir berjaya di luar sana .. Sekarang meh kita jangan buang masa dan jom undi NABIL dan JOZAN!!!! =)

OHSEM!

OHSEM.. haaa itulah tagline untuk Kay salah seorang peserta Akademi fantasia ke 9. Memang seorang yang berbakat besar. Mak Dara masih ingat lagi Kay pernah menyanyi sepentas bersama Band D'ADZA semasa mereka membuat persembahan di Hotel Shangri La suatu ketika dulu..


Kay menyanyikan lagu favoritenye SALOME


KAy bersama D'ADZA BAND, Kak Mai dan rakan rakan

Kalau nak tahu teman rapat Mak Dara iaitu Puan Maizura Adnan (tapi Mak Dara selalu panggilnya Kak Mai aje) adalah orang kuat KAY AF9 FAN CLUB .


Kata Kak Mai.. Kepada sesiapa yang meminati Kay dan nak join Fan Club ni amat le sonangnye.. Just isi borang dan bayar fee hanya RM 16 dan anda akan diberikan sebuah t-shirt purple yang terdapat gambor si cute Kay tu..

Orang orang kuat KAY AF9 FC (Kak Mai bertopi)

Best tengok fan club ni .. Memang aktif.. Diorang selalu buat gathering sana sini... siap pegi tengok konsert AF lagi..


So pada yang nak join fan club yang hotss ni klik di SINI untuk tahu keterangan lanjut ye..Dan oh ya.. Dah alang alang minat tu apakata afundi Kay 32999 =)


Penyakit Berjangkit di Alam Maya

Jangan ingat penyakit boleh berjangkit di dunia nyata saja.. Di alam Maya pun boleh berjangkit jugak tau.. Tak percaya..? Meh Mak dara nak ceciter...

Semalam Blogspot ada masalah.. Arini macam kena jangkitan.. Twitter pun ada problem jugak.. Selalu masuk ok aje.. Malam ni susah pulak nak login..


"Twitter is over capacity"

Rasanya sebabkan blogspot ada sikit mengong maka semua para blogger dah beralih arah kepada penggunaan Twitter kot.. (Mak Dara salah sorang daripada itu haha) Sebab tu terlebih limit.. Jammed jadinya...

Hmm susah susah sangat jom kita beralih kepada tulis surat.. old school nyer style .. amacam? hahaha..

Kawan Kawan!!! Blog dah sihat.. Jom Berbloging!!!!

Akhirnyaaaaa.. Dapat masuk ke Blog kesayangan ku ini setelah seharian dalam mode "tak sihat" Ingat ke Mak Dara ajer.. rupanya ramai yang terkono juo.. Maka ramailah blogger blogger resah, gelisah, bosan dan tak kurang juga yang bengang sebab tak boleh berblogging.. Termasuk le Mak Dara..

Sejak masalah blog ni berlangsung.. Mak dara dah berpatah arah dan boleh dikategori sebagai curang.. Ya curang dengan Mr T.. TWITTER hehehe.. Eh best jugah Twitter ni rupanya ek.. Tapi mana boleh lawan BLOG kan.. Kalau twitter tu boleh tulis baper patah perkataan aje.. Kalau blog berkajang kajang pun no hal kan hehe..mKata salah sorang rakan twitter Mak Dara . Blogspot ni dah kena badi FRIDAY THE 13th...



Hehehe mungkin satu kebetulan aje kot dia nak rosak pada tarikh yang amat scary ni hehe.. Tapi apa apapun diharapkan tak berlaku lagi lah .. kang Mak Dara dah tak tahu nak curang dengan apa lagi.. Takkan nak balik kat Myspace yg utk kanak kanak ribena itu atau friendster pulak kan.. eh masih wujud lagi ke frienster tu ek.. hehehe ... Oh tidak tidak tidak... hehehe

Apa tunggu lagi.. moh berblogging =)