Al kisah.. Suami Mak Dara baru aje bertolak dari rumah untuk ke Terengganu jap tadi.. Dia bukan le pegi bercuti tapi atas dasar keje.. Suami Mak Dara ke Terengganu bersama Abang Yusof Kelana pengarah dan penulis skrip yang selalu bekerjasama dengan Abang Yusof Haslam dulu tu.. Mereka ke Terrengganu untuk merecce dan mencari tempat untuk shooting drama terbaru arahan Abang Yusof kelana iaitu drama berjudul MAN POSTO MASUK KAMPUNG.. Skrip drama ni ditulis oleh suami Mak Dara maka dia kesana juga untuk tengok sesuai ke tidak tempat untuk shooting mengikut visinya masa menulis skrip drama itu.. Hero drama ni nanti adalah Man Maharajalawak.. Memang sesuai sangat le sebab kerjaya sebenar man adalah posmen hehe
Bila Suami Outstation.. Isteri... apa lagi .. merinduuuu le kan.. So janganle ada yang hairan kalau kalau entry entry Mak Dara dalam sehari dua ni ada berbau jiwang ye hehehe..
Semoga mereka selamat pergi dan kembali.. Pada suamiku tersayang.. Jangang maing maing mata bila di sana ye yang hehe