Saturday, May 21, 2011

NERA Tersingkir Dari AKADEMI FANTASIA 9

Akhirnya nasib tidak menyebelahi Nera. Nera telah tersingkir dari AKADEMI FANTASI 9 pada minggu ke tujuh ini.. 


Persembahan bertenaganya tidak mendapat sokongan dan undian dari peminat dirumah.. Mungkin ini gara gara dia bermain cinta bersama Azri di dalam akademi tu kot.. Takper yang penting lepas keluar dari AF ni kompom akan glamer jugak kau dik insyaallah... Mak Dara doakan adik akan berjaya di luar sana ye..

Layan AF Kejab..

Malam ni takde apa apa aktiviti nak buat.. Yelah hubby Mak Dara outstation maka takde keluar kemana mana.. Apa nak buat.. Hmmmm layan AF lah kejap... 


Minggu ni Akademi Fantasia mengenalkan IMUNITI. Rasanya siapa yang akan dapat imuniti dan terselamat dari penyingkiran malam ni... Walau apa apapun  Mak Dara dapat rasakan yang HAZAMA akan menang AF kali ni.. wahh macam ahlil nujum la pulak Mak Dara ni kan hehe

Apa kata sebelum anda nak menghantar AFUNDI kepada pelajar pelajar AF tu apakata anda vote dulu Mak Dara untuk WWWOW DiGi Awards dalam kategori TOP KAY POH boleh? hehe sayam koram ketat ketat.. klik di SINI untuk mengundi ye.. Sapa sapa yang dah undi Mak Dara tu nnt tolong khaborkan pada Mak Dara ye.. Ade nak buat something special sikit hehe

Kagum Dengan Header Blogger Ini

Tengah sakan Mak Dara membalas kunjungan ke blogger blogger yang telah meninggalkan jejak kaki tangan telinga dan siku di shoutbox Mak Dara tu.. tetiba mata Mak Dara terpaku apabila melihat sesuatu.. Bukan hantu.. bukan juga gambor seksi hehe.. Tetapi ini..


Perghhh cun kan header blogger ni.. pemilik blog ni adalah Blogger "mati katak" blog unik.. nama owner blog pun unik.. kira memang semua pun unik laa. Nak tahu lebih lanjut mengenai blog dan blogger ini sila klik di SINI ye..

Ibu Faizal Hussein Mahyon Ismail telah Meninggal Dunia..

Terkejut Mak Dara bila suami Mak Dara call dari Terengganu dan memberitahu bahwa Ibu kepada Faizal Hussein iaitu seniwati Mahyon Ismail atau nama sebenarnya Mayayun Binti Ismail telah kembali kerahmatullah baru sebentar tadi.. negara kita baru sahaja kehilangan 2 bintang veteran iaitu Allahyarham Aimi Jarr dan Allahyarhamah Datin Orchid Abdullah.. kini kita kehilangan sebutir lagi bintang iaitu seniwati iaitu Allahyarhamah Mahyon Ismail..


gambar dr google

Terharu dan sedih Mak Dara bila menjengah ke FB  Faizal Hussein sebentar tadi bila terbaca ucapan selamat hari Ibu yang diucapkan oleh Faizal Hussein kepada ibunya minggu lalu..


Ternyata Faizal amat amat menyayangi ibunya itu.. Faizal Hussein telah kehilangan ayahanda tercinta iaitu Seniman allahyarham Hussein Abu Hassan pada 26-11-2007 yang lalu dan kini dia telah kehilangan Ibu
tercinta pula..Semoga FaizalHussein dan keluarga tabah menghadapi kehilangan ini.

Salam Takziah kepada Faizal Hussein sekeluarga.. Semoga mereka tabah menghadapi kehilangan ini. Mari sama sama kita sedekahkan al fatihah semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang orang yang beriman.. AL FATIHAH