Sunday, May 22, 2011

Tweet..Tweet..Tweet..Twitter

Waduh hari ahad ni dah menjadi rutin Mak Dara untuk hantor anak anak ke kelas piano di YAMAHA kat Wangsa Walk Mall ni.. Hari ni kelas sorang 2 jam.. Masakk le kena dok lepak kat sini sampai 4 jam... Dan bila tahap kebosanang melanda.. inilah yang akan berlaku..


Hahahaha tu lah.. Mak Dara tak boleh bosan lama lama kompommm angin meroyan mak dara datang balik ngeh ngeh ngeh... Habes gambar kat laptop ni Mak Dara nak edit ... Hmmm OK tak.. Mak Dara nak letak ikon mak Dara jadi burung twitter ni kat blog Mak Dara ni hehe.. Jom pollow Mak kat twitter jomzzz hehe http://twitter.com/#!/adzairdawati

Bantuan Diperlukan Segera. Sila Sebarkan. -Tragedi Tanah runtuh

Kita dikejutkan dengan berita tentang tanah runtuh yang melanda rumah anak anak yatim petang tadi.. Memang amat menyayat hati melihat gambar gambar apa yang berlaku di sana.. Tadi seorang teman FB Mak Dara yang katanya berada di sana meminta semua rakan rakan FB untuk sebarkan hal ini kepada seramai mungkin.. Dia menulis..

Hulu Langat Landslide- They need 6 gen set, torch lights, waterproof canvas, blankets, fresh waters, can food, warm food dor rescue team 7 medic. Contact En Naza 0173280013. Location - Rumah Anak Yatim Semungkis, Bt 13 Hulu Langat @ entrance to Pusat rekreasi Lembah Azwin (PLEASE SHARE )

Jadi kepada sesiapa yang tinggal berdekatan dengan tempat kejadian sudi sudilah menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Semoga dengan bantuan anda dapat meringankan beban mereka. Dan kepada yang tinggal jauh apa yang kita mampu lakukan adalah sebarkan perkara ini dan berdoa semoga kerja kerja menyelamat dapat dilaksanakan dengan lancarnya. salam takziah dari mak dara kepada semua mangsa mangsa tanah runtuh ini. Moga mereka ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman.. Al Fatihah..


Takut Tapi Degil

Takut.. memang agak serreemmm sikit malam ni.. Yelah sebab hubby pegi outstation kat Terengganu dah tu 2 orang anak nak pegi tidor di rumah Mak Long mereka kat ampang pastu bibik ikut sekali.. So malam ni tinggallah Mak Dara dengan 2 orang anak Mak Dara yang sulung dan anak kedua Mak Dara aje kat rumah ni.. Agak suspenggg jua hahaha

Degil.. Memang Mak Dara ni jenis yang agak degil.. Kalau uols nak tahu rumah Ibu Mak Dara dan rumah mak Dara punyalah dekatnya.. Hanya berselang 3 pintu aje.. Kira duduk berjiran le.. Kalau setakat jerit tu insyaallah boleh dengar lagi hehe.. Puas le Ibu dan abah mak dara ajak tidur kat rumah diorang sebab takde sesapa kat rumah mak dara ni, tapi Mak Dara degil tetap nak tidur kat rumah sendiri jugak.. Yelah mana boleh tido tanpa bantal busukku hahahaha..

Hmm.. mudah mudahan takde ape apelah ye.. fuhhhh huhuhu