Thursday, May 26, 2011

Plus Size? Susah Nak Beli Baju? Ini Jawapannya

Ingat tak dua tiga hari lepas Mak Dara cerita pasal susahnya nak cari baju yang bersaiz besar.. So sekarang pada yang bersaiz cumill lagi gebu seperti Mak Dara hehe, yang ada masalah nak beli baju.. jangan rungsing jangan repot repot ya.. Kini ada jawapannya.. Dan jawapannya ialah. jahit le baju sendiri.. kekeke Ishhh bukan.. melawak aje kang ade periuk belanga terbang melyang layang ke arah Mak Dara karang haha.. Ok serius.. jawapannya ada di sini..

Jessabella\





Seriously beautiful.. Seriously Cheap!!! Yup memang puas hati punyalah.. beratus ratus feshion untuk yang berplus size.. Ramai teman Mak Dara beli dari kedai online ni dan amat berpuas hati dengan belian diorang..
Kalau tak percaya boleh ceck it out sendiri ye =) klik di SINI untuk ke blog ini ya

Tips Jika Tiada Idea Untuk Buat Entry

Entry ni untuk blogger blogger baru macam Mak Dara aje.. Bagi para blogger yang otai tu yang memang dah masak dengan macam mana nak kendalikan blog.. Mak Dara nak minta "tumpang lalu" ye hehehe . Ok... Selamat datang ke rancangan Meroyan bersama Mak Dara hehe..


Takdelah ini sebenarnya bukanlah satu entry tutorial . Rasanya Mak Dara belum layak untuk buat tutorial . Ini sebenarnya entry tentang apa yang Mak Dara buat jika tiada idea untuk buat entry tebaru.. Ok jika Mak Dara dah kering idea inilah yang selalu Mak Dara praktikkan...

1) Sertai Segmen
Bila join segmen sekurang kurangnya kita dapat buat satu entry dan selalunya blogger lain yang menyertai segmen yang sama dengan kita pasti akan menjenguk ke bog kita . Yelah mesti nak tengok pesaing kan . Jadi traffic akan naik dan jika bernasib baik ada yang follow.

2) Tulis Aktiviti Harian Yang dilakukan
Tak kisah le aktiviti tu sebesar atau sekecil mana. Contohnya pegi ke pasar ke, pergi shopping ke.. pegi tengok wayang ke, tulis aje.. Tengok contohnya Ben Ashaari menulis tentang aktivitinya di gym.. Kan menarik tu =)

3) Tulis Mengenai Keluarga
Keluarga.. Pasti banyak yang berlaku dengan ahli ahli keluarga kan.. Contohnya anak baru nak berjalan, Suami di tempat kerja.. Apa yang dimasak oleh isteri ke atau apa apa sajalah..

4) Tulis Mengenai Rakan Blogger
Ini banyak yang boleh ditulis.. Buat review tentang blog rakan rakan blogger. Boleh komen tentang isi kandungan entry rakan blogger atau header diorang tu ke..

5) Baca Surat Khabar
Haaa ini memang banyak topik yang boleh ditulis.. Tapi jangan le main copy dan paste .. Kalau boleh tu tulis le mengikut pandangan anda tentang berita yang terdapat pada surat khabar tu..

Hmmm rasanya itu aje yang selalu Mak Dara buat bila dah takde idea untuk update entry.. Hasilnya.... Ini adalah entry Mak Dara yang ke 425 dalam masa 4 bulan 9 hari hehehe.

Kim Kardashian Dah Bertunang

Mak Dara memang minat gilerrr dengan citer realiti show KEEPING UP WITH KARDASHIAN.. Citer kisah adik beradik yang sangat rapat.. 


Antara Courtney, Kim dan Khloe, Mak Dara paling minat dengan khloe sebab walaupun dia berbadan besar macam mak dara tapi dia pandai menggayakan fashion..Tapi obviously Kim lah yang paling glamour dari mereka semua.. Terbaru Mak dara dapat tahu yang Kim Kardashian dah bertunang..



Yup.. She's taken!! Kim telah bertunang dengan Kris Humphries. Rupanya Kris ni pun pemain basketball NBA juga.. Mungkin nak ikut jejak adiknya Khloe yang telah berkahwin dengan Lamar Odom yang juga merupakan bintang NBA. Tak sabar nak tengok episod ni dimana kim dilamar oleh Kris kan =)

AHLI AJK BARU MESYUARAT TINGKAP MAK DARA

memperkenalkan AHLI AJK MESYUARAT TINGKAP MAK DARA terbaru hari ini... (26hb MEI 2011)


anis


 ! terBeLOG


my life,my dream & my priority

Terima kasih kepada Anis, Blogger Terblog , Clara dan Noor Akma ye kerana sudi menjadi ajk mesyuarat tingkap Mak Dara.. Kompom Mak tidur sengehh sampai ke pagi esok ni hehe.. Ok jangan lupa ya... mesyuarat esok bawak cokodok banyak banyak ye.. banyak kita nak bergosip ni hehehe