Wahhhhhh gumbiranya rasa dihati.. Rasa bertuahhh sangat sangat.. Maunya tak suami Mak Dara, Martias Mohd Ali dan Mak Dara mendapat jemputan ke Majlis Jamuan Teh Diraja sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, bertempat di Istana Negara pada 4 jun depan..


Wahhh teruja ni nak masuk istana.. Tengok kad jemputan tu siap ada gambar gambar pakaian yang dibenarkan dan pakaian yang tak dibenarkan untuk para tetamu yang akan hadir di majlis itu nanti.. Ni tak boleh jadi ni.. Nak kena gi beli baju kurung yang baru ni..yang sesuai untuk dipakai ke istana nanti .. Wahhhh terujaaaaaaaaaaaaa =)