Diri terasa tua bila anak anak mula mencabut uban yang dah mulai tumbuh dikepala.. Diri tersa tua bila terjumpa remaja panggil diri ini dengan gelaran "makcik" dan bukan lagi kakak.. Dan diri bertambah terasa tua bila anak buah bakal bertunang dan berkahwin tidak lama lagi.. hehehehe
kejap aje masa berlalukan.. Kini anak buah sebelah suami bakal bertunang pada bulan depan dan bakal mengakhiri zaman bujangnya tahun depan.. Dulu masa baru kawen dengan suami terasa anak buah suami tu baru dalam darjah 6 sekarang dah berumur 20an dah.. Itulah anak buah kami Natasha Azhari (shasha) =) Semalam Mak Dara dan suami dijemput untuk membincangkan untuk persediaan majlis pertunangan Shasha dan bakal tunangnya TJ di restoran Marcher di The Curve Damansara bersama ahli ahli keluarga yang lain.
sedang bincang pasal hantaran
tgh bincang tentang tema warna hantaran
mak dara dan suami sempat posing masa diorang tgh berbincang hehe
bakal pengantin - Shasha dan TJ
dah selesai bincang kini masa utk posing sblm balik
dari kiri Amrizal(adik ipar) Abg Ayie(abg ipar) martias(suami) Hafridz(anak buah)
Mak dara(bj hitam) Shasha(bakal pengantin) Julie(Adik ipar) TJ(terselindung dibelakang)
Kak yati (kakak ipar merangkap ibu pengantin) & Batriesya (anak buah)
Akhirnya dengan persetujuan dua belah pihak maka tarikh pertunangan antara anak buah kami Shasha dan TJ bakal berlangsung pada 3hb Julai 2011 dan hantaran yang bakal dihantar ialah 9 berbalas 11.. Tema majlis grey purple.. wahhhh nak kena gi tempah cepat cepat ni.. takut tak sempat hehehe. Doa doakan agar majlis yang bakal berlangsung ini berjalan lancar ya.. insyaallah amin...