Saturday, June 4, 2011

Mak Dara Nak Mohon Maaf

Ya... Disini Mak Dara nak mohon maaf pada rakan rakan blogger yang sudi menjenguk ke blog Mak Dara ni.. Ye dalam sehari dua ni Mak Dara agak sibuk.. Sibuk dengan skrip drama terbaru yang belum habis habis lagi.. Sibuk dengan anak anak yang tengah sakan bercuti panjang ni dan juga sibuk dengan persiapan untuk ke Jamuan Teh Diraja tu.. Maka dengan segala kesibukkan tu Mak Dara telah tuliskan beberapa entry dan telah AUTO PUBLISHkan di blog Mak Dara ni.. Maka pada yang baca entry entry Mak Dara sehari dua ni memang datang dari outo publish la ye .. 

Ada yang datang baca dan ada yang telah meninggalkan komen.. Tak kurang juga yang meninggalkan jejak di shoutbox Mak Dara ni.. Mak Dara minta maaf kalau Mak Dara tak membalas komen atau membalas jejak ke blog blog anda... Jangan ada yang terasa hati yer.. Im sorry bak kata Amir Maharajalawak.. Sambil buat pipi kembung dan mulut muncung hehehe.. Sekarang juga Mak Dara akan menjejak kasih ye hehehe.. Are you ready!! tungguuuuu =)

p/s: yang ni kompom 110% bukan entry autopublish hehehe

APA KAU RASA

Hmmm .. apa yang anda tengah rasa sekarang yer.. Rasa happy.. Rasa Marah.. Rasa sedih atau rasa gumbira.. Ha ni Mak Dara nak citer sikit tentang APA KAU RASA sebuah lagu single dari album mak dara dan adik beradik Mak Dara dan kumpulan kami ni namanya D'ADZA..

Baru Baru ni.. D'ADZA dijemput oleh pengarah dan penerbit En Yusof Kelana untuk membuat satu video klip istimewa bersama Man Maharajalawak dimana lagu APA KAU RASA nyanyian D'ADZA itu akan dimasukkan kedalam sebuah drama yang diarah dan diterbitkan oleh En Yusof Kelana sendiri iaitu drama bertajuk "MAN POSTO MASUK KAMPUNG" . Nak tengok the making of video clip ni.. memang agak kelakor sikit hehe.. celayanzz celayanzz ye..


hehe Cumilll kan man Maharajalawak.. Ni kira dalam babak di dalam drama tu di mana Man Maharajalawak ni yang membawa watak sebagai penghantar surat (postmen) tetiba tengah rehat sbb letih dr hantor surat tetiba tertidur dan termimpi.. Di situlah kami mai kacau mimpi dia.. last last sekali dia bnagun dan tersedar yg semua itu hanya mimpi.. hehe itulah citernyer.. Sekarang drama ni masih lg shooting di Terengganu dan akan habis shooting dalamsehari dua ni insyaallah.. Sama sama kita nantikan drama ni keluar nanti ye hehehe

Mak Dara & Suami OTW Ke Majlis Jamuan Teh Diraja

Sekarang Mak Dara baru habis bersiap siap untuk ke Majlis Jamuan Teh Diraja sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, bertempat di Istana Negara pada pukul 2:30 petang karang.. Tak sangka cepatnya masa berlalu dan hari ni tibalah harinya.. nebessss pun ada ni hehe..

Ok Lah Mak Dara pegi pergi dulu ya .. Nanti balik Mak Dara kasi cerita apa yang berlaku di sana ye.. Pada teman teman yang juga kesana hari ni.. Kalau terjumpa Mak Dara tu tegur tegur la ye .. Ok Mak Dara undur diri dulu yer.. Fuhhh bismilahhirahmannirahim... 



Banyak Betul Page Dialog Dialog Maharajalawak di FB

Bagai cendawan tumbuh lepas hujan.. Memang banyakkkkk.. Memang berlambakkk... Apa banyak? Apa yang melambak? Haa tu fanpage dialog dialog yang diucapkan oleh peserta Maharajalawak.. Boleh kata setiap baris dialog atau lawak yang disampaikan oleh peserta Maharajalawak tu pasti akan dijadikan fanpage tak sampai 5 minit lepas diorang persembahkan.. Tapi besttt jugak kalau nak update status pakai dialog dialog diorang ni.. Sebagai contoh macam di bawah ni ha..






Haaa itu baru 4 aje contoh.. Ade berpuluh puluh dan beratus ratus lagi kat FB tu.. Hmmm demam Maharajalawak le pulak sekarang ye... Apa apapun jangan putus putus votekan untuk JOZAN dan NABIL ye =)