Sunday, June 5, 2011

PELITA PENYULUH KIBLAT

Seriousss... memang Mak Dara suka dengan tajuk ni.. PELITA PENYULUH KIBLAT merupakan sebuah skrip drama yang terbaru yang ditulis oleh suami Mak Dara... Rasa rasanya ini adalah hasil skripnya yang ke 80 lebih.. Kami pun dah lost count hahahaha... Memang drama ni kisah sedih... Kisah nya lebih kurang macam ni lah.. Seorang wanita datang ke Bandar pada tahun 60an dulu menaiki sebuah teksi. Dia bertanya kepada pemandu teksi tu jika ada pekerjaan. Pemandu teksi ni pulak pegi hantar wanita ni kerja di kelab malam. Sebab di sana pemandu teksi itu akan mendapat upah setiap kali mencari pekerja baru untuk kelab malam tu.. Bila dah terjerumus dalam kerja itu maka wanita tu tak boleh keluar dan lama2 dah jadi biasa. Maka hasil kegiatan sosial maka wanita itu telah mengandung sebanyak dua kali dan telah menjual anak anaknya itu atas nasihat temannya. 

20 tahun kemudian bila wanita tu dah tua kelab malam pun buang kerja dia... yelah mana nak pakai khidmat orang tua kan.. Tak sesuwaii.. So wanita ni ingin mencari anak anaknya kembali.. Dipendekkan cerita wanita ni akhirnya jadi gila kerana tidak dibenarkan berjumpa dengan anak anaknya oleh ibu bapa angkat anak anaknya tu.. Last last pemandu yg bertanggungjawap membawa wanita ini terjumpa dengannya dan berasa bersalah. Dia membawa wanita itu pulang kekampung dan menjaganya.. Wanita itu makin lama makin menjadi gila kerana terlalu rindukan anak anaknya. Setiap hari dia bersembahyang memohon taubat dari tuhan dan berdoa semoga dia diketemukan dengan anak anaknya.. hanya pelita yang menemaninya tatkala dia bersembahyang... Dia menangis setiap hari hingga dia menjadi buta..

Nak tahu ending cerita ni macam mana? dapat ke wanita tu berjumpa dengan anak anaknya.. Itu kena tunggulah bila drama tu keluar di RTM nanti yer.. karang dah tak suspen bila cerita semuanya kan hehe.. =)