Dah dua hari Jamuan Majlis jamuan Teh Diraja telah diadakan tapi baru hari ini Mak Dara ada kelapangan nak updatekan di blog hehe.. Ok cerita bermula .. Al kisah... toib.. Al kisah maka tersebutlah kisah di mana Mak Dara bersama suami dan anak kami Adza Danial Haiqal atau dalam dunia blog dia jadi si
MAGGIBOY memenuhi jemputan ke Majlis Jamuan Teh Diraja pada 4 hb lepas. Mak Dara bertolak awal kerana dalam kad jemputan katanya kena tiba sebelum pukul 2:30 petang.
Mak Dara dalam kereta otw ke Istana =)
Bila tiba aje di hadapan Istana, mak aiii banyaknya kereta.. Walaupun dah diberikan sticker parking tapi memang takde parking. Maka kami terpaksa parking nun dibelakang istana tu.. Nasib baiklah Mak Dara ambik keputusan untuk pakai pump shoe aje kalau tak mau pengsan.. Setibanya di pintu masuk Istana kami diperiksa.. Agak ketat juga protokolnya.. Ada wanita datang tanpa berselendang tak dibenarkan masuk.. Ada lelaki berbaju melayu tapi tak cukup 5 butang baju melayu pun tak dibenarkan masuk.. Nasib baik Mak Dara lepas.. Huh kalau tak nak kena tunggu tahun depan pulak le nak merasa masuk istana hehe
Jauhnya parking hehe
Di Hadapan kediaman Rasmi di Istana
Setelah jauh berjalan akhirnya tiba jua
Setiba di majlis Mak Dara disuruh ke canopy berwarna biru. Ini mengikut kod yang berada di kad jemputan yang kami terima tu.. Punyalahhh ramai sampaikan tak cucup tempat duduk. terpaksalah kami berdiri.. Lenguhnya tak payah cakap le tapi tetap control ayu haha..
Kek Diraja
Kek Diraja

Di canopy di depan tulah dimana YDP Agong dan Permaisuri berada.
Dekat bebenor dengan tempat Mak Dara hehe

antara tetamu yang hadir
Mak Dara dan suami
Memang ramai yang hadir di majlis diraja tu.. Dan pada pukul 4 petang YDP Agong, Permaisuri dan semua def def terhormat tiba maka majlis terus bermula.. Haaaa ni kira baru ceita mukadimahnye.. Selebihnya kena tunggu part 2 nanti..wahh to be continue gitew hehehe