Salam semua... Hmmm Mak Dara nak tanya.. Ada yang minat berlakon? Kalau ada memang baguslah.. Kenal tak dengan pengarah filem terkenal iaitu Encik Azizi Chunk Adnan . Alah yang dulu mengarahkan drama bersiri AWAN DANIA 1st season.. Pastu arahkan filem KAPPOWW dulu tu dan banyak lagilah.. Haa itulah orangnya..

Mak Dara nak war warkan disini bahawa teman Mak Dara ni iaitu Azizi Chunk sedang mencari bakat bakat baru untuk drama bersiri komedi English terbaru beliau.. Nak tahu kriteria yang diperlukan.. Ada dibawah ye
1) Boleh berbahasa Inggeris
2) Berumur 10-60 tahun
3) Kelakar dan selamba
4) terbuka kepada semua kaum (Cina, Melayu, India dan lain lain)
Encik Azizi bakal mengadakan ujibakatnya pada 13-14 Jun depan di Fuzestudios Sdn Bhd, Damansara Perdana Business Center.. So kepada sesiapa yang berminat bolehlah PM beliau di blog beliau secepat mungkin ye.. Klik ke SINI untuk ke blog beliau..