Thursday, June 9, 2011

DIA SELALU SUPPORT BLOGGER BARU


Selamat Malam sumer.. Sebelum Mak Dara menutup mata malam ni.. Mak Dara nak join satu segmen dari blogger MTT .. Memang genius dan briliantlah idea MTT mengadakan segmen khas untuk Ben Ashaari ni.. Memang betul.. Beliau telah banyak membantu blogger blogger baru. Blogger picisan Mak Dara ini pun sering mendapat bantuan dan support dari beliau dari mula pembukaan blog ni sehinggalah sekarang.. Sememangnya kita harus membalas jasa dan budi beliau betul tak? Bukannya susah pun.. just undi aje beliau.. itu aje.. Jom kita jayakan segmen MTT ni bersama sama jom!!!

Klik di SINI untuk join segmen ni ya =)

Nak carik rumah.. Nak carik rumah..

Pengumuman pengumuman siapa yang punya rumah untuk disewa tolong habaq mai kat Mak Dara ye.. Adik Mak Dara nak pindah dalam kadar segera.. Kalau adalah di kejiranan anda ada rumah untuk disewa tu tolonglah ushar usharkan untuk Mak Dara ye.. Adik Mak Dara ni nak cari rumah area AU Lembah Keramat, Taman Permata, taman Melawati, Wangsa Maju atau kawasan sewaktu dengannya..

Please please please ye.. tengkiuuuu guys... Oklah Mak Dara nak keluar gi sambung house hunting lagi ni.. Dari tengah hari lagi asyik memusing dengan kereta sampai naik pening pun ada hahahaha.. =)



V.I.B ~ Very Important Bloggers Club

Anda seorang BLOGGER? Anda memang seorang insan yang istimewa.. 
Jom join group V.I.B ~ Very Important Blogger Club

V.I.B  ~ Very Important Bloggers Club

Haaaaa.... Page ni khas untuk semua rakan Bloggers.. Anda semua adalah VIB.. Very Important Bloggers.. Moh le promote dan ping blog blog anda semua di sana.. Disana.. Disana......

Klik di SINI untuk ke page ni yer.. V.I.B - Very Important Blogger

Si Taro Yang Tomei

Ya ada ahli baru dalam keluarga Mak Dara.. Namanya... TARO...  Bukan.. Bukan Ultraman Taro ye.. tapi si Taro si hamster.. =)

TARO

Taro diberi oleh Ibu Mak Dara kepada cucu bongsunya Adza Qaleesya (anak kepada adik bongsu Mak Dara) Qaleesya atau nama manjanya kami panggil Kelly ni memang suka betul dengan binatang.. Kalau nampak kucing aje lalu depan rumah kompom dia kejar tak hengat.. Al maklumlah baru dapat berjalan mesti lah nak test power kan hahaha...

Kelly dan Taro

Haa itulah tuan ampunya Hamster.. Kelly.. Tu tengah kasi Taro makan koci hehe.. Anak anak Mak Dara pulak tak berapa minat bela apa apapun binatang peliharaan.. Tak tau pulak kenapa.. tapi nasib baik juga diorang tak minat kalau tak jenuh dan susah juga nak ada pet ni.. 


Harap harap Taro ni tak dibuli oleh 9 anak anak dan anak anak buah Mak Dara nanti hehe.. Welcome to ADZA's family Taro =)

Nak Jadi Pelakon Filem "ROCK"

Hai.. Selamat datang ke segmen ujibakat bersama Mak Dara.. hehehe ada sedikitt meroyan disitu sila abaikan ye.. haha.. Ok anda semua pernah tengok filem ROCK tak? Ala yang mamat khalid punya filem tu dan lakonan oleh Que Haider, Hasnul Rahmat dan ramai lagi tu.. Haa ini ada berita gumbira untuk anda semua.. Terutama yang tinggal di Perak.


Nak Jadi Pelakon Filem "ROCK"?? Teman Mak Dara dari group CASTING iaitu Encik Shah Danial sedang mencari bakat bakat baru untuk FILEM ROCK 2.Kiranya sambungan kepada filem ROCK yang dulu tu lah...

Dia mencari watak watak pelakon untuk membawa watak ahli kumpulan Search, Wings & Bumiputera Rockers semasa muda.  Ujibakat Insyaallah akan diadakan pada: 9hb Jun 2011 (hari ni, hari Khamis) Masa : 10.00 pagi hingga 4.00 petang.Tempat : Dewan MBI (Majlis Bandaraya Ipoh). Kepada rockers2 atau bukan rockers yang berminat sila hubungi En. Ayie 019 6108770 untuk pertanyaan lanjut.

all the best guys..


WORDLESS WEDNESDAY


Wordless Wednesday: On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it 
doesn’t need any description.