Friday, June 10, 2011

Kagum Dengan Header Blogger Ini

Hari ni malas nak keluar sebab area rumah Mak Dara penuhhhh dengan orang yang menyertai perjumpaan awam bersama PM.. Penuh sesak jadinya.. maka kemalasan itu disalurkan dengan membuat rondaan dan spotcheck (blogwalking) ke blog blog ada mana sempat.. tetiba terpegun Mak Dara dibuatnya seketika.. Perghh. Memang Cun.. Memang menarik tertarik kau memang da bom lah header adik ni..

Sophie Al-Yahya

Pemilik blog ini adalah adik Sophie Al -Yahya.. seorang architecture student, lifeguard, swimming instructor ... Wah dasyat dasyat.. Tak caya jom gi terjah ramai ramai ke blog beliau dengan mengklik di SINI hehe


Tunjuk Ajar Ku Sifu..

Haaa ini bukan nak tulis entry pasal rancangan Mentor tu yer.. rancangan tu pun dah lama habis.. Ni Mak Dara nak mintak tulun dengan sifu sifu yang expert IT.. Tolong ajarkan Mak Dara buat 2 benda untuk blog Mak Dara ni boleh.. Satu Mak Dara teringin nak buat shoutbox yang bila ditekan baru keluar tu .. kalau boleh ajar mak dara macam mana nak buat guna gambor mak dara..

Kedua Mak dara nak minta tolong ajarkan Mak Dara macam mana nak buatkan animated banner.. Geramm betul tengok banner Pinky Momma yang kiut miut tu... Terasa nak le buat jugak hehe



Kalau ada link link ke tutorial untuk buat benda benda yang Mak Dara mengidam sakan ni tolong le bagi link tu ye.. Tengkiuuuu semua... Korang memang terbaik lah hehehe.. Errr harap harap takde abag rambut ketak datang terjah entry ni hahahahaha

HANTU SUSU

Hantu susu mengganassss di Lembah Keramat.. Bentuknya bulattttttttttttt.. kembanggggggg sekembang kembangnya.. Nak tengok gambar hantu tu... Cetengok dibawah!



Haaa itulah ghopenyer hantu susu tu hahaha.. Takut tak? Takut tak??.. hahahaha.. Sebenarnya ni suami Mak Dara baru beli stok susu untuk anak anak kami tu.. Susu Dutch Lady 456... Inilah jadi bila ada ramai anak.. Setiap 3 hari satu pek.. setiap tiga hari satu pek.. satu pek setiap tiga hari.. Mau lenguh jugak berulang alik ke kedai tu..

Petang semalam somi Mak Dara borong hampir 50 pek susu untuk anak anak kami tu.. kiranya stok ni sampai ke bulan 10 nantilah..

penuh satu bonet dengan susu


Kalau gigi tak sihat dan tak cukop kalsium lagi anak anak mak Dara dalam 4 bulan ni memang tak tau nak cakap apa laaa hahahahaha...

Perdana Menteri Dato Seri Najib Akan Datang ke Area Rumah Mak Dara Esok..

Perdana Menteri Dato Seri Najib Akan Datang ke Area Rumah Mak Dara Esok.. Tak pasti pulak atas urusan apa PM kita tu akan ke kawasan AU5D Lembah Keramat esok.. Yang pastinya dijangkakan sehingga 10 ribu orang akan menghadiri event itu..



kompommm sesakkkkk le area rumah ni esok... Seluruh penduduk AU5D ni disberikan sticker khas. Hanya yang ada sticker khas itu aje yang boleh keluar masuk ke kawasan ini esok.. Yang takde tak dibenarkan masuk..

Sticker kereta

Mak Dara dah pasang awal awal lagi dah.. Karang naya tak boleh balik rumah.. Hmm rasanya nak gi lah event tu esok.. Dekattt sangat dengan rumah.. Rugi pulak rasanya kalau tak pegi kan hehe