Sunday, June 12, 2011

Hazama JUARA!!! ramalan ku benar belaka hehehe

Sebelum ni Mak Dara ada tulis satu entry.. Ramalan Mak Dara.. dan dalam entry tu Mak Dara tulis yang ramalam yang Mak Dara nampak dalam baldi bilik ayaq tadi.. rasanya macam Hazama aje yang akan jadi JUARA AF.. dan akhirnya....
                                


Yaaa Hazama telah merangkul gelaran JUARA AKADEMI FANTASIA.. Tahniah dik memang terbaekkkkkkk.. 

Ramalan Mak Dara

Mak Dara tengah layan Akademi Fantasia final ni.. Setakat sekarang keempat empat peserta final dah buat persembahan pertama mereka dan Mak Dara rasa semua mereka memang layak menjadi peserta akhir untuk merebut gelajaran Juara AF terakhir ni..

Lagipun dari ramalam yang Mak Dara nampak dalam baldi bilik ayaq tadi.. rasanya macam Hazama aje yang akan menang jap lagi.. Apa pendapatan anda haha


Kalau salahlah ramalan Mak Dara ni.. kena tengok ayaq teh dalam teko lah lain kali hehehe

Shooting Lagi Bersama Man Maharajalawak

Aritu Mak Dara ada tulis yang mak dan ahli ahli mozik yg lain iaitu adik beradik Mak Dara yang laian iaitu Adza Yanie, Adza Tuty dan Adza Rina dah pun siap shooting untuk video kliop kan? Video klip ini khas untuk dimasukkan di dalam drama "MAN POS MASUK KAMPUNG" lakonan Man. kiranya D'ADZA jadi undangan le dalam satu babak dalam drama tu.

di belakang tabir "the making of video klip"



kiranya dalam drama tu nanti Man tengah hantor surat tetiba letih dan tertidor maka D'ADZA datang dalam mimpi dia dan akan ganggu kosentrasi dia masa dia tengah keje nak hantar surat haa mcm tu lah lebih kurang..

Haaa ni mak nak habaq mai.. video hari tu tak menepati piawaian oleh pihak producer Encik Yusof Kelana.. Memang baguss Abang Yusof ni.. Dia memang teliti dalam kerjanya. Dia nak buat a better video clip.. Makaaaaa esok Mak Dara dan D'ADZA akan shooting lagi bersama Man Maharajalawak.. Haa tak perrr shooting hari hari pun Mak tak kisah.. mak sukerrrr hahahaha.. Jangan ada babak berguling atas lantai atau babak menari depan peti ais sudah le bukan apa karang korang susah nak bezakan yang mana satu Mak Dara yang mana satu peti ais hahahaha.. wish us luck ya hehehe

Pakaian seksi untuk pasti suami puas

Tak cukup dengan menyamakan isteri dengan pelacur kelas atasan kini presiden Kelab Taat Suami Malaysia pula mengeluarkan statement dengan mengakui beliau memenuhi keperluan batin suaminya dengan berpakaian menarik dan seksi. Mak aiii daringnya mengaku tentang apa yang dipakai dibilik tidur dan bagaimana untuk pastikan suami puas.. Wahhh Mak Dara terasa macam berada di hollywood la sekarang... 

Hmmm malas dah nak cerita tentang ni... Lagi lama lagi menjadi jadi diorang ni.. Memang nampak sangat  kelab itu hanya mementingkan nafsu untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga. Wahai makcik makcik banyak lagi aspek lain dalam hidup berumahtangga dan tanggungjawap yang berada di batu jemala seorang wanita yang bergelar isteri.. bukan hidup hanya untuk "benda tuuuu" aje.. Apa kerja pun tak jadi makcik oii.. Bak kata JAMBU maharajalawak.. Apa pun tak boleh haha.. hmm entah le.. lantok la ye malas mak nak layan nok haha


kalau nak tahu lebih lanjut baca di SINI ye..