Semalam Mak Dara dan suami, Martias Ali ke
Malam Penghargaan Industri Perfileman anjuran FINAS yang berlangsung di One World Hotel Damansara.. Suami Mak Dara menjadi juri dalam pertandingan penulisan skrip filem cereka... Malam tu temanya batik.. So Mak Dara dan suami pun pakai le pakaian sedongdong heheh.. Nak dijadikan cerita.. Tengah nak berjalan masukk kedalam dewan ballroom tu tetiba kaki Mak Dara boleh terpelecok.. terseliuh... Mak ai tu lah nak melaram punya pasal sampai pakai heels tetinggi.. Nak jeritt pun ada tapi depan mata ramai retissss jadi Mak tahan jebat...
Mak Dara dan suami
Muka tengah tahan sakit hahaha
Ramai juga artis yang hadir malam tu Shahezei Sam, Julia Ziegler, Sofea Jane, Shamsul Yusof Haslam, Yusof haslam.. retiss 2 dr 60an. 70an 80 an hingga yang sekarang.. pendek kata ramai la.. panjang tak larat nak kata sebab malas nak tulis panjang panjang hahaha..
Pada malam tu Dayang Norhafiza, Farah waheeda, latif Ibrahim dan beberapa lagi artis memeriahkan majlis dengan persembahan mereka. Kami kemudian dihidangkan dengan makanan Chinese Food. Mak ai.. Memang tak berapa best.. Rata rata yang duduk di meja Mak Dara pun cakap benda yang sama hahaha.. Tapi mungkin mak dara tak biasa dengan makanan sebegitu.. Mungkin pada orang lain sedapppp kan hehe.. Majlis disambung dengan pemberian hadiah kepada penggiat seni dan filem pendek arahan suami Mak Dara dan terbitan oleh En Amru dari syarikat Two Tones telah menerima anugerah pencapaian terbaik untuk filem pendek ANAK.. En Amru Najmi Osman & Martias Mohd Ali.. Gandingan mantop telah menjayakan ANAK tahniah.. hubby with Mrs & Mr David Teoh
Mak Dara bersama Syamsul Dato Yusof.. auuu mak sukeer hehe Setelah semuanya selesai kami pun balik.. Di rumah barulah Mak dara sedar yang kaki mak dara bengkaknya dah hampir sebesar telur ayam sebiji.. Apa lagi terus minta diurutkan oleh abangku cayang hahaha... |