Wahhhhh terujaa... Apa yang terujanya? Moh sama sama kita bayangkan ye.. Buka aje pintu rumah tetiba ada hadiah atas kereta.. Haaaa kompom terkejutkan.. Haa itulah yang terjadi pada Mak Dara semalam masa nak menghantor suami keluar pintu rumah untuk pegi kerja..

hadiah atas kereta =)
Terkejut juga Mak Dara dan suami .. Siapalah yang hantar hadiah ni kan.. Bila bukak aje hadiah tu barulah terungkai siapakah yang menghantar hadiah itu..
"Congratulation! www.eqbalzack.com"
Rupa rupanya hadiah candle istimewa ini datangnya dari blogger istimewa iaitu Abang EQBALZACK.. Baru Mak Dara teringat tak lama dulu Mak Dara ada memenangi hadiah saguhati masa menyertai contest dari Abang EQ iaitu contest "I LIGHT U" . Rupa rupanya Abang Eq telah dua kali ke rumah Mak Dara untuk hantarkan hadiah ni tapi Mak Dara masa tu sibuk dengan menolong adik pindah maka tak sempat bertemu dengan beliau .. Kesian Abang Eq.. Dah le kena hantar hadiah by hand.. dah tu takde orang kat rumah.. Nasib baik rumah kita dekat kan hehehe... Sooo sorry Abang EQ.. Harap tak marah ye... Hopefully one day we can meet.. boleh minta sign autograph dari Abang Eq ni hehe =)
Terima kasih atas hadiah yang diberi.. Memang suka bebenor.. Really appreciate it.. Ni yang buat bertambah bersemangat nak join contest dan GA lagi ni hehehe..