Dua hari lepas mak Dara ada tulis entry bertajuk Selamat Sudah... Syukur... dimana Mak Dara menulis tentang sahabat karib Mak Dara, Lynn telah mengalami konplikasi dan terpaksa melahirkan anaknya melalui pembedahan C-Section walaupun kandungannya baru berusia 7 bulan kan.. Lynn dan suami telah menamakan bayi mereka itu FADLIN NUR AMEERA.
Namun kita hanya merancang tuhan yang menentukannya kan.. Baby Fadlin Nur Ameera telah kembali kerahmatullah sehari selepas dia dilahirkan... Memang terkejut Mak Dara sekeluarga apabila mendapat berita ini.. Kami baru saja beli hadiah dan mahu melawat mereka pada ketika itu..Pada ketika ini Lynn masih berada di Hospital Putrajaya untuk menjalani perubatan.

Lynn dan suami yang kelihatan amat tabah disisi keluarga
Mak Dara dan keluarga terus bergegas ke Hospital Putrajaya untuk melawat Lynn.. Lynn dan suami kelihatan tabah. Kami cuba untuk tidak menitis air mata namun gagal apabila mendengar cerita dari Lynn dari saat dia melahirkan sehingga ke saat bayinya menghembuskan nafasnya yang terakhir.. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul... Semoga Lynn dan Fadli tabah dan redha dengan dugaan ini..:(