Wednesday, June 22, 2011

Kenapa? Why? Apekehe?

Kenapa? Why? apekehe?... memang Mak Dara tak pasti kenapa... kenapalahhhhh Mak Dara malas sangat nak menulis skrip sekarang ni.... Dulu kalau nak tulis sebuah skrip drama hanya ambik masa 3-7 hari aje untuk siapkan.. Tapi job yang terbaru ni dah hampir 3 bulan tergendala.... Nasib baiklah producer drama ni pun sedang sibuk habiskan shooting drama dramanya yang lain.. Kalau tak, kompom dia kasi job drama bersiri ni pada penulis skrip lain... Hmmmm... Tak boleh jadini.. nak kena gi cari ilham... Ilham ni pun satulah.. Mana ntah dia gi menyorok..baliklah ilham oiiiii. hehehe

Teringat lagi masa tulis skrip drama NEK NAK.. perghhhh walaupun siap ada "lawatan" tanpa diundang namun tetap gigih Mak Dara siapkan..


Tak boleh jadini!! Nak kena habiskan jugak drama bersiri 5 episod ni ... Nasib baiklah Mak Dara tulis drama ni bersama adik mak Dara Adza Emie.. Kalau takkkkk... lagi 3 tahun pun belom tentu boleh habiskan... huhu

WORDLESS WEDNESDAY # 3


Wordless Wednesday: On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it
doesn’t need any description.

Alaaaa kesiannya dia....

kesian... memang kesian... siapa yang pernah melaluinya pasti tahu bertapa sakitnya .. sakit apa? Sakit gigi.. Ni anak bongsu Mak Dara Adza Isabella baru aje tidur selepas menangis dan meraung sebab sakit gigi.. Memang dah banyak kali cuba bawa dia ke klinik gigi tapi dia punya menjerit mengalahkan orang nak buat major operation maka Mak Dara bawa dia pulang semula kerumah.. tapi malam ni sakit dia menjadi jadi... Air mata tak payah cerita lah.. berjurai jurai haa... 

Adza Isabella (bella)

Bella baru tido..

So tak kira dia nak jerit ke nak nangis tangkap leleh ke.. Esok Mak Dara dan suami nekad nak bawak dia ke klinik gigi jugak.. Harap2 doktor dapat cabut gigi dia tu.. Hmmm kesian anak mama.. harap semuanya ok esok ye sayang....