Thursday, June 23, 2011

SPONTANEOUS THURSDAY


WE FORGIVE..
BUT CAN WE REALLY FORGET...

SPONTANEOUS THURSDAY

Memetik Durian

Haaaaa... Suka makan durian? Mari bersama sama Mak Dara petik durian nak tak... hehehe Sebenarnya idok le nak betul betul pegi petik durian.. Durian pun bukan boleh dipetikkan.. Tapi sebenarnya Mak dara nak cerita pasal blog MEMETIK DURIAN 


Memang cumilllllll sangat blog ni.... Mak Dara tengok ramai "Pencari Durian" dan "Penchenta Durian" di blog adik manis ni. Kalau anda peminat durian moh le terjah ke sana ye.. klik di SINI untuk kesana hehehe

AKU TERINGIN NAK HACK BLOG

Santai Bersama BEN ASHAARI

Haaa kalau nampak header tu dah kompom kompom korang tahu apa maknanya kan... Kali ni Mak nak join segmen AKU TERINGIN NAK HACK BLOG.

Terus terang Mak Dara katakan kalau Mak Dara nak hack blog orang pertama sekali dalam kepala Mak akan hack blog ini..

LEKAT LEKIT GURL STORY

Yup blog Abbyfunny The lekat Lekit Gurl memang bestttt.. Macam macam ada dalam blog adik Suria ni.. Dari cerita kisah hidupnya sebagai wanita, isteri dan bakal ibu hingga ke cerita gossip dan cerita panazz.. Memang bestttt sangat.. Suria juga merupakan antara pemberi sokongan paling kuat pada Mak Dara masa mak mula mula nak aktif semula dalam bidang blogging ni.. Tks Suria... Really appreciate it.. 

Tapi ini hanya le segmen dari BA bukan betul betul nak hack blog si Suria ni ye hehehehehehe. Tunggu apa lagi moh le sama sama memeriahkan segmen terbaru ben ini segmen AKU TERINGIN NAK HACK BLOG.

Projek Baekkk Punya...

Mak Dara sekarang dah jarang jarang.. kadang kadang.. update entry kan.. kalau dulu sehari 3-5 entry tapi dalam seminggu ni nak buat satu entry pun susahhhhh.. Bukan kering idea... bukan... Idea mak banyak lagi ni.. tambah tambah kalau angin meroyan melanda.. lagi banyak benda yang Mak nak tuliskan... 

Kalau nak tahu Mak Dara sekarang tengah join satu Projek Baekkk Punya... Projek ni mengambil masa Mak Dara dari melakukan aktiviti riadah yang lain.. Termasuklah aktiviti berfesbuk dan berblogging.. Memang tak takde masa dan terkejar kejar masa bila dah join projek ini.. Projek apa..... Kejap nak kasi clue..


Haaa sapa dapat teka projek apa yang Mak Dara join ni hehehehe

TNB Hutang Dengan Mak Dara?

Memang terkejut dibuatnya... Memang sangkaanku tepat belaka.. Apa yang tepat? Haa meh mak Dara nak habaq mai.. Dalam minggu lepas orang dari TNB datang kerumah Mak Dara.. Mak Dara cemas jugak ingatkan diorang nak potong api tp bila pikir pikir balik baru aje pegi bayar bil haritu.. Maka Mak Dara pun tanyalah apekehenye diorang datang ushar ushar meter depan rumah Mak Dara tu.. kata salah seorang pegawai TNB tu yang mereka nak tukar meter lama di rumah Mak Dara tu.. Bila Mak Dara tanya kenapa, katanya ada aduan tentang kerosakkan meter.. Maka mak dara dengan separuh faham dan separuh tidak tu membiarkan kedua mereka melakukan tugas mereka.. Setelah selesai mereka bersurai.. Maka bermulalah meter letrik terbaru di rumah Mak Dara ni..

kalau nak tahu bil elektrik di rumah Mak Dara ni tak pernah kurang dari RM250 sebulan.. Nak tahu berapa bil letrik yang Mak Dara terima hari ni setelah menggunakan meter baru? Cetengok dibawah..


Nampak tak?? Haaaa jangan betulkan mata anda.. memang betulll angka tu.. Kini setelah meter baru dipasang bukan Mak Dara berhutang dengan TNB tapi TNB yang berhutang RM709.50 dengan Mak Dara.. Memang tepat sangkaan Mak Dara tentang meter lama tu.. Memang rosak!! Selama 4 tahun Mak Dara tinggal di rumah ni selama itulah kami tertipu dengan meter rosak tu.. So pada kengkawan yang rasa bil letriknya agak tak munasabah bawak bawak le ke TNB dan minta di periksa ye.. Kalau tak naya kita....