(Entry ni bukan ditujukan kepada semua pelakon ya... mak hanya tujukan entry ini pada
sorang pelakon itu aje harap maklum =)
Dia ada datang kerumah masa shooting dulu.. Dan bukan setakat tu aje.. Suami Mak Dara ada juga membantunya ketika beliau dilanda masalah... tapi alih alih tup tup siang tadi Mak Dara terlihat dia menulis komen di page "kawan makan kawan" mak di FB dan menulis fitnah pebagai terhadap mak dara dan suami.. Aiiiii heran jugak mak.. Takde pun mak cari gaduh dengannya.. Dan semua yang ditulisnya memang tak benar belaka.. Kenapa jadi macam tu ye... Memang mak hairan.. Namun Mak dapat mengawal emosi mak dan tak cepat melatah.. mak cuma klik like aje di komen yang mengutuk mak kaw kaw tu... tup tup dia terus delete komennya tu.. dah tu terus di blocknya mak.. hahaha nape nak takut kalau tak buat salah.. Kenapa nak delete dan block mak.. Adoyai.. berani buat berani lah tanggung.. Kalau benar apa yang kau tulis tu kenapa nak takut... mak tak takut kerana mak tahu apa yang ditulisnya adalah fitnah.. Aduhhhh komennya seolah olah dia menjadi mangsa.. tapi mangsa yang sebenarnya adalah mak... Kenapa nak berlakon.. perlukah berlakon setiap masa hanya kerana kau seorang pelakon...Tapi too late le kalau delete pun sebab mak dah baca semuanya.. dunia seni ni kecik je.. nanti kita pasti bertemu jua kan.. Namun mak nak ucapkan terima kasih atas segala fitnah yang dilemparkan tu... kerana di situ kita boleh tahu bertapa hebatnya lakonannya itu.. tahniah.. tahun depan harap dapat menang award ya.. all the best....