Monday, June 27, 2011

Kuiz Suami Isteri..

Malam ni Mak Dara terpanggil untuk join satu soal jawab dari adik .. Katanya.. Ni bukan segmen tau, saja je..Nak jawab boleh, takmo pun takpe..Saja nak hiburkan hati, takde hadiah pun..:) Kuiz ringkas antara suami isteri.

Takpe Dik.. Mak memang suka part menjawap2 soalan ni.. maklumlah dah lama tinggalkan zaman persekolahan...ayuh tengok soalan soalannya..

1. Siapa yang lebih kelakar? -
kompom Mak yang lebih kelakor hehe

2. Siapa yang lebih rajin tukar cadar katil? - 
Mak

3. Siapa yang lebih fokus mendengar? -
Mak

4. Siapa yang rajin susun kasut kat luar rumah? - 
Mak ... (waaaa sumer mak aje nih hehehe)

5. Siapa yang lebih peka tentang kesihatan? - 
Haaa.. itu suami Mak punya department.. Sakit sikit pun dipaksanya gi klinik hehe

6. Siapa yang bersiap paling cepat? - 
kompom le suami Mak yang paling cepat antara kami sebab dia tak payah pakai makeup mcm mak hehe

7. Siapa yang rajin baca suratkhabar? - 
Suami Mak.. Mak kalau nak baca paper pun part gosip2 aje hehe

8. Siapa yang selalu 'missplace' barang-barang? - 
Mak.. huhuhu biasalah dah kertu memang selalu lupa =)

9. Siapa yang suka buat 'surprise'? - 
Suami Mak memang sukaaaa buat "surprise".. kadang kadang kejutan yang dia buat tu boleh buat mak pengsan 364 saat hahahaha

10. Siapa yang suka makan keju? - 
Haaa.. ni rasanya Mak... penangan cheese dari pizza dapat memenuhi ruang ruang kosong dalam badan mak ni kekekeke

Ok tak jawapannya pada yang nak join boleh klik di SINI yer =)

Ada Tak Blogger Minat Untuk Menjadi Penulis Skrip Dan Filem?

Rata rata kesemua blogger amat kreatif bila menulis di blog masing masing.. Tertanya tanya jugak.. Ada tak antara blogger blogger yang mempunyai minat untuk menjadi penulis skrip? 

Berita baik untuk semua rakan blogger yang berada di Penang dan kawasan yang sewaktu dengannya.. Jika anda minat untuk menjadi penulis skrip drama dan filem anda kini boleh menghadiri Bengkel Asas Penulisan Skrip TV dan Filem.yang akan diadakan di Penang pada 2-3hb Julai depan anjuran suami Mak Dara, Martias Ali dan juga FINAS. 

Memang besttt jadi penulis skrip ni. Kita bisa meluahkan segala idea yang mencurah curah tu dan dapat melihat hasilnya di kaca TV mahupun di layar perak.. Kalau ada yang berminat sila klik di SINI untuk mengetahui maklumat lanjut ye... 


Sambil sambil tu nak jugak promot filem LIBAS.. Saksikanlah filem LIBAS hasil nukilan skrip suami Mak Dara, Martias Mohd Ali yang akan ditayangkan di pawagam pada 29hb september nanti ye..



Mak Dara dan Nabil

Selak punya selak punya selak.. tiba tiba Mak bertemu dengan gambar ini...


Hehehe ni gambar kenangan Mak Dara bersama Nabil suatu ketika dulu.. Masa tu D'ADZA dan big boss Saiful Apek ada buat show di Planet Hollywood dan Nabil pun turut ada di sana.. Masa ni dia baru je jadi juara Raja lawak... Sekarang dia baru aje menang tempat ketiga Maharajalawak.. Lama betul kan.... planet hollywood pun dah takde dah sekarang ni.. punyalah lama hehe..  

Demam "Burung Marah" melanda

Haaaa.... ini satu berjangkit telah menular hampir ke seluruh ahli keluarga Mak Dara sejak kebelakangan ni.. Penyakit itu adalah penyakit "BURUNG MARAH" .. Rasanya ada juga korang yang dah terkono dengan penyakit ni... Itu sakit dalam bahasa malaysia tapi dalam bahasa omputih "Angry Bird" .. hehehehe


Yup semua kami memang gila main game Angry Bird.. Jenuhlah samsung tab hubby mak jadi mangsa penarikkan dan penolakan anak anak bagi mendapatkannya untuk main game tu... Anda terkena penyakit ni jugak tak? =) Cuba tgk video dibawah.. permainan live angry bird


Saya...

Segmen saya di blog


SAYA


Mulut Mak Dara di"cili" dengan tiger Balm!

Makkkkk macam nak jerittttt je rasanya... Maunya tak jerit... hari ni pertama kali dalam seumur hidup mak.. mulut mak telah di"cili"... bukan dengan cili api.. dan bukan juga dengan cili kering.. tapi dengan minyak panas tiger balm.. dan bukan gara gara bergaduh atau bertengkar.. Tapi gara gara ini...


Yup.. Gara gara budak bucuk ni.. yup inilah anak bongsu Mak.. Namanya Adza Isabella,4. tengah Mak dok sedap sedap layan FB tiba tiba dia datang slow slow dan mula sapu something ke muka dan mulut mak.. mak ingat dia main main aje.. Tetiba rasa panassssssssssssssssssssssssss...... Bila tengok .. Bella sengihhh aje sambil pegang tiger balm tu.. Boleh tahan juga mak jerit kat dia.. Katanya nak lotion mama... Wahai anakku yang bertuah itu bukan lotion sayang.. itu minyak panasssss... Uwaaaaaaaaaaaaaa masih terasa lagi panasnya ni adessssssssssssssssssssssssssss.......

Sepetang Di Kolam Air Panas Selayang

Dihujung minggu ini Mak Dara dan keluarga banyak juga jalan jalan cari makan tapi area Ampang dan KL ajelah.. namun petang tadi kami ke Kampung Melayu Batu 14, Rawang bagi menghantar Ibu Mertua Mak Dara pulang kerumahnya setelah beberapa hari bertandang kerumah kami.. Semasa otw ke sana.. Suami mak dara membawa kami ke kolam air panas selayang.. Rasanya dah lebih 17 tahun Mak Dara tak kesana.. 

Setibanya kami tiba, terkejut Mak Dara dibuatnya.. Keadaan disana sama sekali berubah.. Dulu kolam air panas tu macam duduk kat dalam hutan.. tapi sekarang dah rasa macam kat tepi jalan besar aje.. Dah tu siap ada batu bata bagi setiap kolam kolam air panas tu.. Siap ada restoran lagi...memang tottally different lah..



Oleh kerana tak planing pun untuk kesana.. Maka anak anak mak dara tak dapat le nak mandi manda kat sana dek kerana tak bawak baju spare.. maka semua hanya senyum dan tengok ajelah orang lain sakan mandi... hehehe. Takper.. oleh kerana Mak Dara akan mengambil ibu mertua tinggal di rumah kami setiap kali hujung minggu maka rasanya minggu depan akan plan betul betul dan mandi kaw kaw kat sana.. tak sabar lak rasanya =)