Tuesday, June 28, 2011

SYUKUR ALHAMDULLILAH!!!!!! Top Kay Poh here I comeeeee!!!

Syukurrrrrrr alhamdullilahhhhhhhhhhhhhh.. Nak menjerittttt aje mak bila dapat email dari DiGi tadi... Nak tahu apa isi kandungannya..?


Yup.. Mak Dara telah terpilih  antara 6 orang calon untuk kategori TOP KAY POH DiGi AWARD!!!!...  OMG!!!! tak menang pun tak kesah asal dapat jadi top 6 pun dah bersyukurrrrr sangat!!!!! OMG!!!!! sooooo exited!!!!! Hah kau terkeluar cakap omputih.. 

Mak Dara nak ucapkan jutaaaaaannnnn terima kasih kepada semua yang tak putus putus mengundi untuk Mak..   tak perlu sebut sesiapa kerana anda tahu siapa anda hehehehehehe...

from the bottom of my heart... THANK YOU.. TERIMA KASIH... =)
Tks DIGI!!!

BLOG DAN AKU

Hari ni Mak Dara terpanggil untuk buat satu soal jawab bersama rakan rakan bloggers.. Mengenai blog dan anda.. Nak join? mudah aje...

1) Letak tajuk "BLOG DAN AKU"
2) Tepek header Mak.. =)
3) Jawab soalan soalan dibawah
4) Lepas siap tinggalkan url link di ruang komen dibawah ye..

SOALAN

1) Apa nama blog anda
2) Kenapa anda memilih nama itu
3) Tema warna blog anda
4) Dalam sehari berapa kali anda mengupdate entry di blog
5) Isu atau topik yang selalu dimasukkan dalam blog anda
6) Kenangan manis/pahit selama anda berblog
7) Blogger Idola (kalau ada)
8) Target follower untuk blog anda
9) Namakan satu benda yang paling anda suka yang terdapat dalam blog anda
10) kata kata ucapan untuk Blog anda

ini hanyalah untuk suka suka aje.. Jika sudi joinlah ye.. sekurang kurangnya dapat korek rasa dan perasaan kita terhadap blog yang amat kita sayangi ni kan..

Naluri Wanita

Pagi yang indah ini.. Mak Dara terpanggil untuk menulis tentang NALURI.. Naluri atau kata hati seorang wanita.. Setiap kita mempunyai naluri yang tersendiri.. Cuma kepekaan kita untuk mendengar kata hati yang membezakannya.. Ada yang sering mengikut kata hatinya dan ada yang tidak ambil berat tentang apa yang cuba disampaikan oleh kata hatinya itu....

Jangan abaikan apa yang nak disampaikan oleh naluri kita.. Kemungkinan ia sedang memberitahu sesuatu.. Sesuatu yang mungkin dapat menyelamatkan hubungan kita, keluarga kita dan selainnya.. ia juga mungkin cuba menyuarakan apa yang dirasa di hati kita... Dengarlah pada naluri kerana ia sering kalinya tepat..

Namun ini semua hanyalah pendapat, perasaan dan naluri mak.. Mungkin naluri anda lain dari naluri mak.. bak pepatah rambut sama hitam hati lain lain kan ...