Thursday, June 30, 2011

Makcik cari anak makcik ke?


Pahit untuk ditelan.. kelakor bila dikenang itulah yang berlaku pada Mak Dara bila ke sekolah anak sulung mak Adza Danial Haiqal aka MEGGIBOY harini.. Kesemua ibubapa kena ke sekolah untuk mendapatkan report card anak anak masing masing.. Maka mak terus kesana.. Rasa cemas pulak bila nak berdepan dengan cikgu anak mak tu.. Rasa macam mak pulak yang nak ambik report card mak hahaha... Sesampai je di sana.. Mak terus ditegur oleh beberapa orang pelajar.. Haaa part ni paling bestttt.... 

student:Makcik cari anak makcik ke?
(Adessssss... baru betul betulllll rasa tua.. tapi mak tersenyum dan layan je..)
mak: Ya.. Makcik nak cari anak Makcik.. Adza Danial Haiqal..
Student: Oh jom saya bawak gi kelas dia.. Tapi kelas dia
tinggiiiiii makcik..Tingkat 3. Atas sekali tu haa... Boleh ke Makcik?
mak: takpe makcik boleh naik insyaallah.....

Adess mesti budak tu rasa kesian untuk suruh "makcik" ni naik tangga tinggi tinggi kan huhuhuu... Baik betul budak tu. Haaa kalau dah kena macam ni tapi tak nak mengaku dah tua.. tak tahulah apa nak cakapkan lagi kan hahaha...

Akhirnya Mak bertemu dengan cikgu kelas haiqal . Setelah berbincang dengan cikgu mengenai prestasi Haiqal .. Semuanya ok cuma cuma haiqal perlu lebih berusaha dalam matapelajaran sains dan math.. Isnyaallah cikgu akan saya kerah anak saya untuk lebih tekun dan rajin belajar.. =)

Sesi Terjahan Bermula

Mak Dara telah memulakan semula sesi Terjah Mak Dara pada pukul 10 malam tadi.. Dan dari situ Mak telah memilih blog Mrs Yie dan kesemua blogger yang lain yang telah turut sama join untuk diterjah malam ni...

RAFINAMIMI DOT COM

adza irdawati nama di beri..
Seorang blogger penulis skrip yang kami segani
panggilan MAK DARA lebih dekat di hati..
orangnya baik,manis sekali.. ~Mrs Yie

Terima kasih Mrs Yie aka Mimi kerana buat pantun 4 kerat ni.. Mak sukerr hehe.. Ok mari mak cerita serba sedikit tentang Blog Mrs Yie ni.. Beliau seorang yg simple,rockers sikit..jiwang sikit.Blog Mrs Yie rajin menukar backgroundnya.. Memang seronok tengok kreatifiti Mrs Yie dalam mengemaskini blognya tu..  Mrs Yie juga sering membuat entry tutorial. Pada sesiapa yang suka tutorial tu memang sesuai keblognya.. =) Orangnya sangatlahhh peramah dan baik hati.. Blog Mrs Yie merupakan salah satu blog yang wajib mak terjah hampir setiap hari hehe.. 

Di bawah adalah senarai mereka yang turut menyertai sesi terjah mak sebentar tadi.. Tunggu ye Mak datang terjah kejap lagi.. Pada sesiapa yang belum buat aktiviti wajib dalam blog iaitu blogwalking.. Tak payah susah susah terjah je senarai semua blogger dibawah ni yer =)



Jutaan terima kasih sekali lagi kepada ACIK TOPI,☀ Izzaty Hedry☀, mama shifa , Mrs.Yie & Balqis Nazid, Risa , Maiza Love, lulu dan Saiazuan kerana sudi join sesi terjah mak ini yer.. muahhhhhhhh =)