Saturday, July 2, 2011

Hamper dan Hamper lagi

Mungkin ada yang dah tahu dan mungkin juga ada yang belom tau yang Mak sekarang ni dah join buat business hamper raya dengan adik Mak si Tuty tu.. Memang awal le business kami bermula, puasa pun belom kan... Tapi dek kerana semangat berkobar kobar maka kami mulakan dengan promosi dulu.. Tetiba terkejut kami dibuatnya bila menerima few tempahan.. Syukur alhamdullilah.. 

Terbaru kami mendapat satu tempahan dari seorang producer drama dari Sabah iaitu Puan Zay Dato Basalie.. Dengar cerita tempahan ni untuk dihadiahkan kepada Dato Sharifah Aini.. Maka mak dan adik pun pulunnn le buat yang terbaik.. Dan alhamdullilah ini lah hasilnye...


Pada yang nak beli atau hadiahkan hamper tu.. Kenang kenang le Mak dalam pembelianmu ye..  klik di  SINI untuk ke blogspot Makhehehe

Adza Danina & Iklan Radio Colgate

Syukurrrr alhamdullilah.. Akhirnya anak Mak Adza Danina Kirana telah selesai merakamkan sebuah lagu untuk iklan radio COLGATE yang bertempat di Studio BETARECS Bukit Damansara semalam.. Memang selagi tak selesai rakaman tu selagi tu lah jantung mak dup dap dup dap.. Tapi tak tunjuk le pada Nina takut dia lagi nervous langsung tak nak menyanyi pulak kan hehehe.. Tapi terbukti Nina tenang aje dalam studio rakaman tu...

Nina and me baru tiba di BETAREC.. nervoussssss.. 

Nina tgh practise sebelum masuk bilik rakaman

Nina tengah bersiap untuk recording

Nina sedang merakamkan agu iklan Colgate..

Nina kena nyanyi berulang kali untuk mendapatkan nyanyian dan key yang betul

Sempat pose peace lagi tu haha

Hampir selesai

selesai rakaman

Akhirnya setelah berulang kali take lagu iklan itu selesai jua akhirnya... Nina happy bila rakaman dah selesai.. fuhhhhh Mak pun lega hehe.. Soooo proud of you sayang.. Tak kisah le iklan radio ke iklan TV ke asalkan boleh mengasah bakat yang terpendam tu kan.. Kalau lagu iklan colgate ni dah keluar radio nanti mak bagitau uols ye hehehehe



Blog Nina 
Kisah Mizz Nina Kirana

Tutti Frutti Cyberjaya

Haaaa pagi ni Mak nak sampaikan berita gembira kepada semua penggemar TUTTY FRUTTI!!! Dan berita lebih gembira kepada penduduk sekitar Cyberjaya... Pada 3 dan 4hb Julai ni TUTTI FRUTTI CYBERJAYA akan dibuka!!! Pemiliknya yang juga teman kepada suami Mak Dara iaitu Encik Amru ialah seorang producer dan pengarah hebat.. Maka dengar cerita ramai le artis artis akan ke kedainya nanti terutama pada hari pembukaannya esok dan lusa.. Ishhh jangan lepaskan peluang ini wahai cik bedah, cik tipah dan cik Nab ye.. hehe

Man maharajalawak bersama En Amru di hadapan Tutti Frutti Cyberjaya

pelakon Ainul @ Tutti Frutti Cyberjaya

Haa ni hanya beberapa keping gambar retiss yang telah ke TUTTI FRUTTI CYBERJAYA.. Itupun kedai belum bukak lagi tu hehe. Dibawah ni detail untuk hari pembukaan Tutti Frutti Cyberjaya

Grand Opening : 3rd & 4th July 2011 (Sunday & Monday)
Business Hour: 12pm - 12 amAddress : 56-G, Neocyber, Lingkaran Cyberpoint Barat, CyberjayaPromotion : 50% off for 2 days of openingFROYO WITH US @ tutti frutti cyberjaya .... Let's froyo!!!Support us by "Like" us today ;)http://www.facebook.com/pages/Tutti-Frutti-Cyberjaya/199185700118536

Jom le ke TUTTI FRUTTI CYBERJAYA .. Diskaun 50% akan diberikan kepada semua pembelian pada hari pembukaan tu.. Wahhhh 50% tu banyak tuuu... Soo apa lagi.. Jumpa anda di sana  di sana di sanaaaaaa.... =)