Wednesday, July 6, 2011

Terima Kasih Acik Topi....

Mak dan adik Mak Adza Tuty baru saja balik dari meeting dengan teman kami iaitu Kak Maizura Adnan tapi dalam dunia blog dia terkenal dengan nama ACIK TOPI , tapi mak panggil Kak Mai aje, di Wangsa Walk Mall petang tadi.. 

\

Kami berbincang mengenai hamper hamper yang mak dan adik mak jual tu la.. Dan akhirnya Acik Topi bersetuju membeli 27 buah hamper dari kami.. Syukurrrrr alhamdullilahhhh.. rejeki menjelang bulan ramadhan... 



Diatas adalah antara hamper yang ditempah oleh Acik Topi... Tankiuuuu Kak Mai.. Akan kami buatkan yang terbaekkkkk untuk Kak Mai.. purple kaler lagi.. OHSEM.. =)

kalau ada yang nak beli hamper tu boleh le mencuci mata ke blogshop mak ni ye hehe http://adzashop.blogspot.com/



Kami Blogger, Kami Sayang Malaysia !!


Hari ni Mak terpanggil untuk join segmen dari blogger BANGKU KOSONG.. Segmen Kami Blogger, Kami Sayang Malaysia !! 

Sebagai rakyat Malaysia.. memang mak amat amat sayangkan negara kita ini.. Bak kata teman Mak Midori Tamate yang datang dari jepun semalam.. dia kagum dapat melihat kepelbagaian bangsa agama dan adat yang terdapat dalam negara kita.. tak banggakah kita bila orang luar memuji sebegitu rupa.. mak banggaaaa..

Mak memperkenalkan kepelbagaian makanan di malaysia kepada teman mak Midori
di sebuah restoran di Kg Baru

Syukur alhamdulliah kita dapat hidup aman damai di dalam sebuah negara yang aman.. Walaupun berlainan pendapat dan pandangan.. Kita seharusnya BERSATU! Impian mak semoga kesemua rakyat terutamanya orang Melayu bersatu padu.. Tidak berpecah belah semata mata untuk mencapai kepentingan masing masing. Mahukah kita hidup di dalam negara yang porak peranda dan sentiasa bertelagah dan berperang seperti yang telah berlaku di negara luar? Bertapa susahnya datuk moyang kita memerdekakan negara ini dari penjajah makanya kita bertanggungjawab untuk menjaganya.. Sama samalah kita menjaga maruah bangsa, agama dan negara yang kita cintai ini . 

Waduhhhh serius benor mak hari ni kan.. Haaa mak memang semangat patriotik sikit bila bab bab negara ni hehe. kepada yang ingin menyertai segmen BK ini sila klik di SINI ya..

Di majlis pertunangan anak buahku..

Pada hari Ahad yang lepas.. Anak buah sulung sebelah somi mak, mak Natasha Azhari telah melangsungkan majlis pertunangannya bersama jejaka pilihannya TJ. Maka mak dan adik ipar mak pun diberi tugasan untuk membuat hantaran.. Perghhh cantekkkkkk hokey.. air tangan kami menjadiiii.. ehh buat hantaran pakai air tangan jugak ke.. Ahh tak kira nak juga puji diri sendiri kekekekeke.. Ah jagaaa eh.. mak dapat rasakan angin meroyan mak ada sikit sikit dok mari ni... hehe




Haa ok tak hantaran yang kitaorang buat.. hehe untuk tempahan hantaran call mak ok.. 014 tekan tekan tak dapt hehe.. Sebelum majlis bermula abang dan kakak ipar mak iaitu tuan rumah membuat solat hajat beramai ramai terlebih dahulu semoga majlis yang bakal berlangsung malam nanti berjalan dengan sempurna..


perbincangan bermula..


Natasha sedang disarungkan cincin pertunangan oleh bakal ibu mertuanya

keadaan di luar rumah kenduri

Mak bersama Natasha

Mak bersama anak anak .. Tema majlis ala2 arab soo semua pakai jubah hehe

Maka setelah selesai semua perbincangan anak buah mak sah menjadi tunangan orang dan majlis perkahwinan akan berlangsung pada bulan Februari nanti insyaallah.. Kepada Shasha dan TJ selamat bertunang semoga kekal ke jinjang pelamin dan seterusnya ke anak cucu insyaallah.. 

WORDLESS WEDNESDAY # 6


Wordless Wednesday: On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph 
with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that 
the photo itself says so much that it
doesn’t need any description.