Monday, July 11, 2011

Suami Mak Dara, Martias Ali @ Harian Metro

Wahhhh besttnyer... Dua hari lepas ada artikel mengenai suami Mak dara di Berita harian dan hari ni ada di Harian Metro.. suka suka suka... ngeeee..


Di dalam artikel di harian metro hari ni menulis mengenai kekecewaan penganjur Kuala Lumpur Internasional Short Film Festival iaitu En Jurey Rosli, En Yusof Kelana dan termasuk suami Mak Dara Martias Ali terhadap dua agensi yang tidak memberi kerjasama terhadap penganjuran festival film ni.. Biasalah pasti ada halangan dalam setiap apa yang kita usahakan tu kan.. Namun insyaallah..Berkat usaha dan keyakinan dan tawakal berserta doa mudah2an semuanya bakal berlangsung dengan lancar... Tolonglah doa doakan semoga festival film ini berjalan dengan lancar ye.. 

Biar Rahsia

Sendiri tulis skrip.. sendiri boleh lupa bila drama ditayangkan di TV adoyaii hehehe.. Ok Malam ni tak nak lepaskan tengok drama BIAR RAHSIA yang Mak Dara tulis skripnya yang akan ditayangkan di RTM1 pukul 9 malam ni (sekarang).. Dah episod ke 18 dah rupanya.. sayangnya sebab banyak dah episod yang Mak Dara terlepas hehehehe

Drama bersiri ni akan keudara dari setiap hari Isnin hingga hari Selasa. So kalau uols free free tu sudi sudilah layanz yer =)


Nama nama watak dalam cerita ni habis mak dara pakai nama anak anak, adik beradik dan nama kawan kawan Mak Dara di FB.. Terbaru Mak Dara masukkan nama blogger Ben Ashaari, Rose, dan Isteri Encik Bard dalam drama terbaru Mak Dara.. Mungkin lepas ni Mak Dara masukkan lebih banyak nama blogger dalam drama Mak Dara yang akan datang.. Insyaallah =)

Pernikahan Bintang AF Sah..


Nurul bersama suaminya, Mohd Munzil pic oleh google. 

Wahhhh hari ni Mak Dara nak jadi Kaypoh sikit boleh tak.. Almaklumlah Mak Dara tengah demam Top Kay Poh sehari dua ni hehe ok berbalik kepada tajuk di atas .. Siapa yang bernikah. Bintang Akademi yang mana satu dan apa yang sahnya? Bawa bertenang dan baca di bawah ye


"Pernikahan kami sah" itulah yang dikatakan oleh bintang Akademi Fantasia Nurul . Bagi yang tak tahu tentang cerita ini.. Ini kisah rentetan dari kenyataan yang dikeluarkan oleh keluarga kandung Nurul yang disiarkan di rancangan Melodi tidak lama dulu. Di dalam Melodi keluarga Nurul menyatakan kekecewaan mereka kerana ayah kandung Nurul tidak dapat mewalikan pernikahan anaknya itu yang dilakukan di Narathiwat Thailand,  dan hari ini Nurul pula membalas dengan memberi kenyataan dengan mengatakan bahawa pernikahannya itu sah .

Susah jugak ye bila dah jadi artis ni habis semuanya berlaku secara public.. Nak berbaik ke nak bertelagah ke semua di mata awam kan.. Mak Dara mendoakan semoga mereka dapat menyelesaikan masalah ini dengan membuat perbincangan. Semoga kesemua mereka dapat hidup aman dan makmur dan berbahagia selalu hendaknya ya..

Dato Siti Nurhaliza Mencari Bakat Baru. Jangan Ketinggalan..

Adakah anda mampu meniru gaya tarian atau nyanyian artis idola anda? Iras suara dan paras rupa seperti artis luar dan dalam negara.. Jangan lepaskan peluang ini.. Dato Siti Nurhaliza Mencari Bakat Baru.. Yup jangan betulkan monitor laptop dan pc anda.. Memang benar apa yang anda baca tu hehe.. Sila baca poster dibawah untuk maklumat lanjut..


Ujibakat ini akan berlangsung esok dan lusa (12hb & 13 Julai).. Wahhh kalo mak ni muda dah lama mak menjuinkan diri.. Tapi dek kerana dah kertu maka mak tolong sebarkan ajelah ujibakat ni pada anda.. Pegilah mencuba nasib.. belom cuba belom tahu kan.. all the best..

Babak: AKTIVITIKU DI PEJABAT

Bicara Mak Dara

Salam semua warga blogger.. Haaaaaa rata rata teman teman Mak Dara pada hari dan waktu ini berada di pejabatkan atau di tempat kerja anda kan.. Jadi Mak terpanggil nak buat satu Babak(segmen) ringkas untuk anda..Nak join senang aje.. 

1) Letak tajuk Segmen: Babak: AKTIVITIKU DI PEJABAT
2) Tepek header Mak.. =)
3) Berikan sekeping gambar yang memperlihatkan aktiviti anda di pejabat( di tempat kerja )
(tak kisah le gambor tengah berbincang ke, tengah buat report ke, tengah layan blog dan FB semasa waktu kerja ke hehe)
4) Kalau tak keberatan ceritalah seba sedikit tentang kerja anda atau pun tentang pejabat anda tu
5) Lepas siap tinggalkan url link di ruang komen dibawah ye..

Teruja jugak nak tengok apakah aktiviti anda di pejabat ni.. =)

Ucapan buat insan bergelar teman..



selamat malam teman.. 

semoga tidurmu bertilamkan ketenangan, 

berbantalkan kesejahteraan 

dan berselimutkan kebahagiaan.. =)



Mencari Ilham....

Ilham!!!!! mana kau lari .. Sudah sudah le tu.. jangan le merajuk.. Balik le Ilhammmm..!! Adessss memang ilham mak hilang malam ni.. Entah mana dia pegi entah... Susah le macam ni.. Somi mak mintak mak tolong kasi idea untuk designkan t shirt untuk Festival Filem Pendek Kuala Lumpur yang akan berlangsung tak lama lagi tapi mak takde ilham/idea.. huhuhu

Dulu mak pernah designkan dua tshirt untuk persatuan mak.. yang pertama untuk group FB Mak MALAYSIAN WIFEY ARE HOTS! dan satu lagi untu persatuan Malaysian Backpackers Club.


inilah hasilnya bila t shirt dah di print =)

inilah hasilnya bila t shirt dah di print =)

Ok tak design design mak ni.. hmmm sekarang tiba masanya nak design utk t shirt festival film pulak... 


wish me luck ya.. dan doa2kan semoga ilham tu cepat pulang kepangkuan mak ye hehe