Wednesday, July 13, 2011

Terima Kasih Murai.Com

Waduhhhh terima kasih kepada Murai.Com kerana menyiarkan artikel mengenai Kuala Lumpur International Short Film Festival 2012 (KLIS)

Penganjur Klis Dari Kiri En Jurey Rosli, Datok Mohd Khalid, En Yusof Kelana
& Martias Ali (somi mak ngeeee=)

Terima kasih kepada Syafiqah Jalal & Mazlan Photography kerana menulis artikel ini. Di dalam artikel itu menulis tentang festival yang bakal berlangsung pada Fenruari tahun depan nanti.. Untuk membaca artikel penuh mengenai KLIS sila klik di SINI ya...

Video Pemenang DiGi WWWOW Top Kay Poh Award

Salam semua.. Mak Dara nak kongsikan video yang mak tangkap semalam di majlis Digi tu.. Video ini adalah video untuk kategori Top Kay Poh.. Pada yang nak tengok bagaimana suasana di malam anugerah tu boleh le sama sama layanzz le...

Video pencalonan untuk Top Kay Poh Category

Video Pemenang kategori Top Kay Poh

Ucapan tahniah untuk pemenangnya Lee Zi Wen... Sekarang Mak Dara tengah upload video untuk kategori Top Makan Makan Award dan Top Blogger Of The Year Award.. tungguuuuu

Projek Skrip Filem Terbaru Mak Dara & Co

Salammm semua.. Waaaaaa demam DiGi WWWOW kian kebah.. Kini Mak kembali kepada kerja mak semuala.. Yaaaa marilah mari.. kita menulisss.. hehe Syukur alhamdullilah.. Suami Mak Dara, Martias Ali mengajak Mak bersama adik Mak iaitu Adza Emie bersama sama untuk brainstorming berbincang tentang sebuah skrip untuk sebuah filem!! waduhhhhhhhhhhhhhhh Filemmm.. Mak sukaaaa... 

Sebelum ni Mak pernah bekerjasama dengan suami Mak Dara menulis untuk 3 buah filem namun sayangnya dua antara 3 filem itu tak dapat ditayangkan dek kerana terdapat masalah di pihak production.. Antara filem2 itu adalah.. SEREEM , SHHYY DIA DATANG..



Takpe sekurang kurangnya ia merupakan pembuka jalan untuk mak masuk ke bidang perfileman pulak setelah 15 tahun asyik menulis skrip drama aje kan.. Tapi tak lama lagi filem yang mak tulis bersama suami akan ditayangkan di pawagam pada 21hb September tahun ni.. Filem apa? cetengok ngeee


Yup.. Filem bertajuk LIBAS... Lakonan Rosyam Nor dan Scha!! Wahhhh tak sabar nak tengok.. Namun nama mak tak dimasukkan dalam filem ni .. tapi takpe nama somi mak ada.. Kira dah bersyukur dah tu hehe.. Lagipulak mak hanya menulis untuk draf pertama sahaja untuk filem ni dan filem ni telah diolah sebanyak lebih 5 kali oleh somi Mak Dara tu.. Tapi yang pasti hampir semua nama karektor dalam filem ni Mak yang kasi.. 

Oklah banyak pulak Mak membebel.. Mak nak kena pegi meeting dah ni.. Doakan semoga perbincangan kami untuk projek skrip filem terbaru ni berjalan lancar ye... =)

WORDLESS WEDNESDAY # 8



Terujaaaaanya Mak Dara dapat bertemu dengan blogger femes emessss Ujang dan Yana 
semalam di DiGi WWWOW Award.. Sweeettt couple.. mak suker suker suker!!

WORDLESS WEDNESDAY # 7



(Besttttt dapat jumpa Yana dan Ujang semalam!!! Memang terbaekkkkkkkkk. Mak suka =)

BLOG DIPERLUKAN ..SEGERA !

Santai Bersama BEN ASHAARI

JOM JOIN!!! Klik di SINI!

Gambar Semua Pemenang DiGi WWOW AWARD

Rata rata semua telah mengetahui senarai pemenang bagi DiGi WWWOW Award yang telah berlangsung malam tadi kan... Namun di sini Mak Dara nak siarkan semua gambar gambar beberapa pemenang.. Alang alang mak dah kesana dan dah ambil banyak gambor kan lebih baik mak sharekan untuk semua betul tak hehe.. baru lah special sikit entry ni kan =)


Best Internet for all idea Juara: A.Fo Radio


Best Internet for good Award Juara: Petfinder.my


Blogger Of The Year Juara: ANWAR HADI

Video Of The Year Juara: ANWAR HADI


Top Makan Makan expert Juara : Oh Malaysia 

Fave Tech Head Juara: The Techno Hut

Top Kay Poh Award Juara : Lee Zi Wen

Walaupun Mak Dara tak menang dalam kategori Top Kay Poh namun mak tetap syukur terpilih dalam top 6.. syukurr alhamdullilah...Tahniah kepada semua pemenang ! Uols Memang terbaekkk lah... Tahniah terutama kepada adik Anwar Hadi kerana telah berjaya membolot 3 hadiah pada malam itu.. Tahniah dik.. all the bestttt...

Perjalanan Mak Dara ke Digi WWWOW Award

Salam semua teman teman.. Wahhh lewat betul Mak Dara nak update blog malam ni.. Sebenarnya Mak Dara baru saja balik dari majlis DiGi WWWOW AWARD dimana Mak Dara antara calon top 6 untuk kategori TOP KAY POH AWARD... Banyak betul yang mak nak updatekan.. Jadi mak buat dalam berperingkat ye ngeeee..

Ok mari mak mulakan dari perjalanan Mak untuk ke Digi WWWOW Award tu boleh? kira boleh lah ye hehe.. Ok Mak Dara ke sana ditemani oleh somi Mak Martias Ali.. kami bertolak dari rumah pukul 6 petang..

dlm kereta otw ke KLPAC

akhirnya tiba jua di hadapan KLPAC dalam pukul 6:30 petang

alamak kena lalu depan bapak bapak sukarelawan pulak haha

Adesss panjangnya kena beratur untuk mendapatkan pas masuk

ternampak blogger Mialiana(bertudung pink) bersama suami

Tengah tunggu giliran untuk dapatkan pas masuk

akhirnya mak dara terima pas untuk masuk woohooo

fuhhh masih ramai yg beratur di bawah

Mak mengorak langkah ke majlis tu..naseb baik tangga tu tak baper tinggi ngee

bertemu dengan blogger Mia Liana


Waduhhhh mata betul2 betul dah berattt ni rasanya tak mampu nak bertahan lagi hehehe.. Baiklah Mak undur diri dulu ya.. Esok mak akan sambung cerita yang belum sudah ini.. Apa apapun mak idok le menang dalam kategori Top Kay Poh tu namun mak amat amat bersyukur kerana berada dalam top 6 untuk kategori tu hehehehehe.. Tahniah mak ucapkan pada semua pemenang ye... ok kita sambung esok ye anak anak selamat malam.. errr pagi hehe