Thursday, July 14, 2011

Barcode Bicara Mak Dara

Haaaa... jangan ingat barang barang yang dijual di pasaraya aje yang ada barcode.. Blog Mak Dara ni pun ada barcodenya juga tau hehehehehe...



Kalau sudi scan le barcode ni ke telefon anda.. Fungsinya supaya anda dapat masuk dan menjenguk ke blog Mak Dara di handphone anda ye.. =)


Video Pemenang DiGi WWWOW TOP MAKAN MAKAN

Salam semua.. Rasanya belum terlambat Mak Dara nak kongsikan video yang mak tangkap di majlis Digi WWWOW Award tu.. Video ini adalah video untuk kategori Top Makan Makan Award.. Pada yang nak tengok bagaimana suasana di malam anugerah tu boleh le sama sama layanzz ye...

Video Pemenang kategori Top Makan Makan

Teruja jugak mak bila nama blog Dapur Tanpa Sempadan disebut.. Itu antara blog peberet mak tu hehe.. Namun pememang bagi kategori Top Makan Makan ini jatuh kepada blog OH MALASYSIA.. Oklah tu kan sekurang kurangnya blog peberet mak tu turut menjadi finalis top 6 dalam kategori tu.. Itu pun dah kira satu yang membanggakan.. Bukan senang tau nak jadi top 6 ni.. Tabik spring untuk Abang Mat Gebu.. =)

Tahniah kepada semua calon calon yang tersenarai dalam semua kategori terutama kepada pemenang pemenang =)Tunggu ye Mak Dara akan upload video untuk Top Blogger Of The Year pulak lepas ni..

Kanak Kanak Hilang Telah Ditemui.. Syukur Alhamdullilah

Petang tadi Mak Dara ada membuat entry mengenai "Kanak Kanak Hilang.. Mari Kita Bantu" . Entry ini mengenai kehilangan adik Najmi Haqiemi . Mak Dara turut berterima kasih kepada beberapa blogger yang turut menyebarkannya di blog mereka.. Di sini Mak Dara nak umumkan bahawa adik Najmie Haqiemi telah ditemui petang tadi.  Ini antara yang ditulis oleh rakan terdekat keluarga kanak kanak itu iaitu encik Bob Mahbub.

Salam semua,

Dimaklumkan bahawa kanak-kanak tersebut telah dijumpai beberapa jam tadi. Sumber mengatakan kanak-kanak tersebut merajuk.. wallahuaklam.. namun apa yang penting, dia selamat!Terima kasih atas keperihatinan semua. Terima kasih juga Mak Dara kerana letak dalam entry ni...

Terima kasih semua.
bobmy
(Bob Mahbub)

Terima kasih Encik Bob Mahbub kerana menyampaikan berita gembira ini.. Tak perlu berterima kasih kerana ini memang menjadi tanggungjawap kita untuk saling bantu membantu..Yang penting Adik Najmi telah selamat pulang kepangkuan keluarganya.. Syukur alhamdullilah..

Kanak Kanak Hilang.. Mari Kita Bantu

Semasa tengah berFB tadi Mak Dara terkejut melihat gambar ini di newsfeed Mak Dara.. Gambar apa.. Gambar di bawah ini..


Gambar ini telah disiarkan oleh Encik Bob MahbubDibawah adalah yang telah ditulis oleh encik Bob Mahbub.

Kepada Rakan2 semua,

Anak kepada rakan saya telah hilang tengahari semalam dihadapan Sek. Keb Subang Bestari. Usaha mencari adik Najmi telah dilakukan sehingga lewat pagi tadi tetapi masih gagal. Lapuran polis telah dilakukan dan dia disyaki diculik. Butir2 terakhir adik Najmi adalah seperti berikut:Nama : Najmi Haqiemi bin Ahmad Salleh (10tahun)Tinggi : lebih kurang 110cmPakaian: Memakai t-shirt sukan berwarna merah berlengan hitam dgn cetakan 'S.K Subang Bestari, Tuah' dibelakang, berseluar sukan berwarna biru gelap berbelang putih dan berjaket berwarna coklat.Lain2: Membawa beg sekolah berwarna biru dan hitam, berambut pendek dan mempunyai tanda parut disebelah kanan kepala.MOHON DIDOAKAN SEMOGA KANAK-KANAK INI DIJUMPAI DAN MINTA SAMA-SAMA KITA SOLAT HAJAT SEMOGA ORANG YANG MEMBAWANYA TERBUKA HATI UNTUK MENGHANTAR KEMBALI KANAK-KANAK INI KEPADA KELUARGANYA.Sekiranya rakan2 mempunyai maklumat atau ternampak kanak2 ini, boleh hubungi ibunya di no: 012 2485649 (Zetty) atau bapanya di no: 0196387252 (Salleh).Mohon disebarkan.

Mari kita bersama sama menyebarkan gambar adik Najmi Haqiemi ini dan berdoa mudah mudahan adik Najmi dapat kembali ke pangkuan keluarganya dengan selamat

Aduhhh Tak boleh berhenti dari SENYUM.. Tankiuuu

Jutaan terima kasih Mak Dara nak ucapkan kepada pasangan blogger yang amat femes emes dan sungguh sweeeeeeeett iaitu Ujang dan Yana.. Kenapa? kerana ini...

 


Blog picisan Mak Dara ini telah dimasukkan ke dalam bloglist Ujang dan juga Yana... Aduhhh Tak boleh berhenti dari SENYUM.. Macam bermimpi je rasanya.. Tankiuuu ya Ujang dan yana.. U guys is sooooo sweetttttttt... hehe sambung senyum balik ngeee =)

Enam Ratossssssssssss!

Mak ai.. cepatnye dah enam ratosssssssssssssss...


 Bisalah mak kan suka pot pet pot pet.. sedar sedar dah 600 hehehehe.. Moga tiada yang loya dan muak membaca blog mak ni ye. Tak sabar nak menyambut ulang bulan ke 6 bulan blog Mak Dara ni.. wahhhh dah setengah tahun berada di alam BLOG ni.. and I'm Lovin It ngeeee =)

Smile.. Smile.. Smile...

Ohhhhhh tiada kata dapat diluahkan.. tiada sengih yang lagi tersengih dari sengihan Mak Dara sekarang ini.. Tiada suka dari lebih dari keterujaan mak dara pada saat ini tatkala melihat ini..


Mata macam tak percaya apa yang dilihat.. Blogger femes emes Mia Liana telah meletakkan gambarnya bersama Mak dara sebagai headernya!! OMG OMG... sungguh WWWOW!!!!!!!! Terkenang lagi saat pertama kali terlihat Mia di DiGi WWWOW Award tu.. Mula mula Mak Dara segan nak tegur..

Mia dan suami sedang beratur untuk mendapatkan pass masuk

akhirnya Mak Dara beranikan diri jua untuk menegur Mia

Saat mula berkenalan dengan Mia memang besttttttttttt.. sempoiiiii.. seramah mana Mia di blog lebih ramah bila kita berjumpa.. Very humble and nice person.. Segala keseganan untuk menegur blogger femes emes ni hilang tatkala bertemu Mia dan suami.. 



Smile.. Smile.. Smile..

Mak Dara tabik spring sama Mia kerana berada di dalam top 6 TOP BLOGGER OF THE YEAR AWARD!.. No matter what you are still a winner.. Tks for the friendship.. And hope to see you soon! 

Al Fatihah untukmu diharijadimu..

Tiada hadiah dapat diberikan.. tiada ucapan dapat disampaikan.. Apa yang mampu aku lakukan hanyalah menyedekahkan al fatihah untuk mu.. Hari ini merupakan hari ulang tahun allahyarham Seri Bayu..

allahyarham Seri Bayu

Allahyarham merupakan teman Mak Dara dan suami. Abang Seri Bayu atau nama sebenarnya Jamaludin Sulik yang merupakan seorang komposer penulis lirik yang terkenal satu ketika dulu telah meninggal dunia pada 4hb Februari 2011 yang lepas..

Mak Dara tiba di rumah keluarga angkat arwah 

 arwah Seri Bayu di kelilingi oleh keluarga angkatnya

Mak Dara di hadapan pusara allahyarham seri Bayu

Marilah sama sama kita sedekahkan al fatihah kepada allahyarham Seri Bayu. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan di kalangan orang orang yang beriman.. AL FATIHAH..