Saturday, July 16, 2011

Alahai Emak Kawenkan Dia..

Semalam 15hb Julai genaple umur satu satunya adik lelaki mak Dara, Adza Edie Izwan 25 tahun.. Maka kami pun celebrate le birthday si teruna ni di Concord Shah Alam.. Di sana adik beradik Mak Dara yang lain iaitu Adza Yanie, Adza Tuty dan Adza Rina menyanyi bersama Band D'ADZA di lounge di hotel tu.. Maka meriahlah jadinya..

Adza Edie potong kek diiringi oleh Band D'ADZA

 sempoi tak kek utk adik Mak Dara ni hehe


 Dushhh dah tua dah adik aku ni haha


bersama keluarga mak dara dari depan Adza Tuty, Adza Emie dan anaknya Adza Qaleesya
Ibu, Puan Zaleha, Adza Yanie & Mak Dara. Dibelakang Adza Rina dan Adza Edie

Edie: This is my favorite sister ever... haaa tu lah yg dia kata dlm hati masa tu
hahahaha pandai tak Mak Dara baca isi hati adik mak ni haha

Dah tua dah adik teruna Mak Dara ni... Mak..... Alahai Emak Kawenkan Dia.. hehe.. Happy Birthday Edie semoga cepat dapat calon aweks dan terus hantar rombongan Mak Dara ye hehe

Jeniffer Lopez dan Marc Anthony Bercerai

Waaaa Mak Dara asyik tulis tentang diri sendiri dan hal hala dalam negara aje kan sejak dua menjak ni kan.. So hari ni biar Mak Dara cerita pasal ocerita kisah luar negara pulak.. Kisah Jeniffer Lopez dan Marc Anthony.. Kisah penceraian mereka.. :(

Jennifer Lopez & Marc Anthony (Foto: Pynkcelebrity)
gambar dari Pak Google

anak kembar Jen dan Marc

Mereka antara pasangan paling romantis di Hollywood dan telah mendirikan rumah tangga selama 7 tahun dan mempunyai sepasang bayi kembar Max dan Emme. Berita penceraian mereka menggemparkan seluruh Hollywood. Mereka baru sahaja memperbaharui janji perkahwinan 'wedding vows' mereka pada tahun lepas. Dikatakan sudah berbulan lamanya mereka membincangkan tentang perpisahan mereka, dan J.Lo mengumumkannya selepas dia memastikan aset kekayaannya terjaga.

HKPOP telah wujud lama sebelum munculnya KPOP

Sekarang ramai betul anak anak muda dan remaja amat meminati KPOP.. Semua lagu lagu dan cara pemakaian penyanyi penyayi KPOP terus menjadi ikut ikutan mereka.. Anak anak kecil Mak Dara sendiri pun asyik nyanyi lagu "nobody nobody but you" nyanyian The Wonder Girls tu..

antara artis artis KPOP yang popular (pic by google)

Tapi ramai yang tak tahu ataupun dah lupa bahawa sebelum demam KPOP melanda negara.. Wujudnya demam HKPOP.. apa HKPOP tu.. HKPOP tu artis artis dari Hong Kong.. Ni masa zaman zaman tahun 1990an le.. Zaman Mak Dara masih anak dara lagi gitew hehe.. Tapi pada masa tu takdelah digelarkan HKPOP cuma dipanggil artis Hong Kong aje. Antara yang menjadi gilaan anak anak muda zaman itu termasukle Mak Dara sendiri ialah..

Leon Lai Meng

Andy Lau

Aaron Kwok

Haaa...Ini antara yang glamer la.. sebenarnya banyak lagi artis artis Hong Kong yang digilai oleh remaja zaman tu.. Ni siapa siapa yang berada dalam tahun 1990an kompommmmm kenal punyalah.. Tapi antara Leon Lai Meng, Andy Lau dan Aaron Kwok mak palinggggggg minat dengan Leon Lai Meng.. Hampir semua lagu lagu dia Mak hafal.. Entah betul entah tak pakai belasah je time tu.. yelah mana ada internet nak search untuk lirik liriknya pada masa tu kan hehe.. Mak beli album dan poster poster leon Lai meng ni.. Dah tu kalau ada keratan gambarnya di suratkhabar, Mak siap gunting masukkan dalam dompet hehe.. 

Namun kini giliran KPOP pula meletop.. Mak pun tak mahulah ketinggalan zaman maka Mak pun layanzzz anda macam mana?

Pinky MoMMa Wrangler Likers Give Away

Salam hujung minggu semua.. Petang ni Mak Dara nak menjuinkan diri Pinky MoMMa Wrangler Likers Give Away yang dianjurkan oleh adik Pinky Momma yang sungguh gojess dan jelita =).. Senang sangat nak sertainya.. Cuma perlu undi aje gambar Pinky Momma.. Siapa undi terbanyak dikira sebagai pemenang =)

Mak Dara telah pun undi gambar Pinky Momma sebelum bermulanya GA ni melalui akaun FB utama Mak iaitu FB ADZA IRDAWATI.. Bila Mak nak undi lagi tertulis" Oops! You have just voted for this photo. You can only vote for a photo once.. Tapi kiranya itu pun dikira sebagai undi jugak le kan.. Undi terdahulu namanya hehe..


Dan hari ni Mak Dara menggunakan akaun FB kedua Mak Dara iaitu FB BICARA MAKDARA dan mengundi lagi..


Mak Dara doakan semoga Pinky Momma memenangi pertandingan gambar di Wrangler tu ye =) Ok jangan lepaskan peluang menyertai GA Pinky Momma ni ok.. Klik di SINI untuk menyertainya..

Mak Borek Anak Rintik

Mak Borek Anak Rintik.. Hmmm adakah kebenaran dalam peribahasa ni.. mak Dara tak pasti pula .. Namun melihat akan kepada anak bongsu Mak Dara, Adza Isabella 4 tahun rasanya ada betulnya juga peribahasa tu.. Bila mak kuat pot pet pot pet dan kay poh.. anak mak jugak suka membebel.. cuba tengok dibawah hehe

bebelan permulaan

Dia bantai cerita pasal kasut pulak haha

Haaaa itulah anak bongsu Mak Dara.. Di rumah mak selalu panggil dia Bella tapi bila dia kuat membebel kami semua panggil dia BellBell =)