Tersentap dan terkejut Mak Dara semalam apabila mendapat mesej dari teman Mak semalam dan menyampaikan berita sedih tentang kemalangan yang telah meragut nyawa adik bongsunya Shalini Mohd Yusof pada 16hb Julai lepas.. Mak dalam sehari dua ni memang sangat sibuk dengan menulis skrip dan mmembuat hamper raya sehinggakan tidak sempat melihat berita ataupun membaca surat khabar.. Terkejut Mak Dara dibuatnya.. Bila Mak Dara google terlihat berita kemalangan ini di beberapa surat khabar online dan beberapa blog.. (berita penuh disini)
Ibu dan ayah Mak Dara merupakan kawan rapat kepada Ibu dan ayah allahyarham masa mereka semua masih bujang lagi.. Kemudian persahabatan itu sampailah kepada kepada anak anak.. Shalini atau kami panggilnya Nini masih kecil masa Mak Dara tinggal di Kulim Kedah dulu.. Namun setelah Mak Dara berhijrah dan bekerja di Kuala Lumpur maka kami terus terputus hubungan selama 17 tahun.. Tup tup dengar berita sedih ini.. Memang sedih sangat mendengar bahawa bayi 8 bulan yang berada di dalam kandungan Nini turut terkorban..
suami allahyarham Nini dibawa keluar dari kereta (pic google)
Lori pasir yang terbabas dan menghempap kereta allahyarham(pic google)
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.. Semoga Haji Yusof sekeluarga tabah dan redha dengan pemergian ini.. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan dikalangan orang orang yang beriman.. AL FATIHAH.....


