Wednesday, July 20, 2011

Lagu iklan Radio COLGATE nyanyian anak dara Mak Dara telah keudara!!

Tengah Mak Dara dan suami pulang dari meeting bersama seorang producer di Shah Alam semalam tiba tiba terdengar sesuatu di radio SINAR FM... Apa yang kami dengar? Lagu iklan Radio COLGATE nyanyian anak dara Mak Dara dan beberapa temannya telah keudara!! waaaa terjerit Mak Dara dibuatnya.. Walaupun iklan untuk radio aje dan hanya dengar suara saja namun Mak Dara banggaaaaa wehhhh eheee

Lagu iklan Colgate itu ala ala seperti lagu Madu Tiga tapi liriknya yang telah diubah seperti dibawah..

 Hei Senangnya dalam hati..
Pack COLGATE amal ku beli..
Sumbangan yang diberi.. 
Ikhlas di hati...

Lagu iklan tu dinyanyikan oleh anak Mak Dara Adza Danina Kirana bersama 3 orang kanak kanak yang lain..    Iklan ini untuk bulan puasa nanti dimana hasil penjualan colgate itu akan disumbangkan kepada org yg memerlukan kalau tak salah Mak...

Danina sedang merakam iklan Colgate pada beberapa minggu lalu

Danina dalam studio rakaman..

Soooo proud of you Danina!!!! muahhhh

WORDLESS WEDNESDAY # 9


ngeh ngeh ngeh..

Wordless Wednesday: On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph 
with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that 
the photo itself says so much that it
doesn’t need any description


Alhamdullilah selesai jua akhirnya..

Hampir 2 hari 2 malam Mak Dara tak dapat lelapkan mata . Ini kerana Mak dara mahu menyiapkan sebuah proposal sinopsis untuk sebuah filem komedi romantik. Mak ai.. susahnya nak buat cerita romantik ni.. Mak Dara selama ni jarang menulis kisah kisah cinta ataupun kisah romantik.. Mungkin sebab Mak Dara ni bukanlah jenis yang romatik maka sedikit fail disitu haha. Tapi kalau bab komedi dan cerita hantu memang peberet genre untuk Mak Dara tulis. Namun rezeki jangan ditolak.. Bila mendapat offer dari seorang  pengarah yang merupakan seorang kenalan lama Mak Dara yang mahu cerita romantik komedi terus je Mak Dara cakap boleh buat hehe

Mak Dara telah menulis dua versi sinopsis untuk filem ini.. Satu ditulis bersama adik Mak Dara iaitu Adza Emie.. Satu lagi idea sepenuhnya dari Mak Dara.. Tapi tajuknya tak dapeklah Mak Dara nyatakan disini.. Tapi kalau pihak producer dan pengarah setuju dan terima proposal Mak Dara tu.. akan Mak Dara kaypohkan nanti ye... 

Tolong doa doakan untuk Mak Dara ye... =)