Saturday, July 23, 2011

Otromen Menonton perlawanan Malaysia VS Singapura

Haaa.. jangan tak tahu.. Otromen pun menonton perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Singapura yang sedang berlangsung sekarang ni.. Tak percaya..? Mak tak tipu.. Mak ada bukti.. Nak tengok??


Haaa inilah ultraman yang Mak maksudkan tu.. Hahahahaha.. Ok oklah... itu somi mak pakai topeng otromen hehehe.. Waduh baru sarung je topeng tu Harimau Malaya dah dapat gol pertama di saat ke 18.. Cayalah Harimau Malaya.. Kalau atau menang malam ni.. HARIMAU MALAYA TETAP MENJADI POJAAN HATIKU.... =)

Nama Isteri di Handphone Suami

Hmmm.. Tadi store number telefon kawan kawan Mak ke dalam handphone.. Semua nombor kawan kawan baru Mak tu semua dalam name card je.. Sekali nak call mak aiii susahnya.. Jadi Mak pun store le dalam handphone kasi senang bila nak calling calling kan.. Tetiba Mak Dara terfikir akan sesuatu .. Apa nama anda di telefon suami anda  agaknya ek.. Moh kita tengok senarai yang Mak reka..

Nama Isteri di Handphone Suami - Quote by Mak Dara

1 - Baru menikah : ISTERI TERSAYANG 
2-3 thn menikah : SAYANG 
4- 5 thn menikah : YANG/MAMA
6- 10 thn menikah : RUMAH
11- 15 thn keatas menikah : JANGAN ANGKAT!!!

Hehehe ni semua hanya rekaan mak semata mata.. Senda gusi di petang hari sambil makan cekodok namanya ni hehe... Ada juga pasangan suami isteri yang loving walaupun telah berpuluh tahun kawen pun masih bersayang berdarling lagi kan. Tapi kan alang alang dah terkeluar topik ni.. Mak teringin jugak nak menyibuk petang petang hari ni.. Boleh Mak tahu apa nama Isteri/suami/bf/gf yang anda store dalam handphone anda.. =)

PUASA NAK DEKAT DAH NI..!!!


Salam dan selamat hari minggu kepada semua rakan rakan.. Haaaa... Puasa dah nak dekat dah ni..!! Ada terhutang tak puasa pada tahun lepas.. Kalau ada tu jangan le buat buat lupa ya.. Kasi bayar k.. Ok masa yang dinanti nanti telah tiba.. Teman Mak Dara Rafina Mimi Zairul Murni Abdullah atau nama ringkasnya Mimi telah buat segmennya yang pertama.. Aiseyman semalam asyik dok bikin hamper sampai tak sempat nak berblog. Tup tup pagi ni baru terbaca tentang segmen beliau so terus menjuinkan diri.

Ok meh Mak ceritakan antara pengalaman Mak Dara berpuasa masa zaman zaman Mak masih kecil dulu.. Masa dulu ibu mak cakap bila baru nak belajar puasa belajar suku hari.. dah tu setengah hari.. lepas dah boleh buat setengah hari kena habiskan sehari berpuasa. So mata masa tu asyik tengok jam aje.. bila sampai suku hari atau setengah hari , kenyang atau lapar Mak tetap nak bukak puasa jugak.. Tapi ada masa yang mak tak tahan sangat lapar tau apa mak buat.. Mak pegi mandi lama lama sambil sambil mandi tu mak minum air shower tu sekali.. Bila habis mandi perut kenyang dengan air hahaha... Marah Ibu mak bila dia tau tektik nakal mak tu.. 

Pengalaman belajar berpuasa memang antara pengalaman yang paling terpahat dalam kepala mak ni sebab tu Mak suka buat skrip drama hari raya.. Antara drama hari raya yang mak tulis bersama suami mak, Martias Ali dan adik mak Adza Nasyaemie ialah..


Drama KERANAMU IBU (lakonan ayah MTT En Azman Jantan)

Drama AIDILFITRI DIBULAN SYAABAN

Drama GITULAH RAYA

Drama SELAMAT HARI RAYA CINTA


Drama RAYA SENDIRIAN

Memang feel gila bila tulis skrip raya ni.. Banyak pengalaman raya Mak selitkan dalam drama drama tu.. Oklah.. dah lari topik pula.. Jom le ramai ramai join segmen dari Mimi ni.. memang bestttt.. Klik di SINI untuk turut serta ya.. Disini Mak nak ambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan yang mulia ini... Salam...