Haaa jangan terkejut dengan tajuk di atas.. Bukan.. bukan namaku yang tertera di atas.. Namaku Mak Dara akak Adza Irdawati.. Tapi yang tertera di atas adalah sebuah nama teater yang telah Mak Dara, suami dan adik adik Adza Tuty & Adza Rina hadiri di Panggung Bandaraya KL semalam.. Mak dan somi memang sukaaaa benor tengok teater teater ni.. memang kelainannya terasa bila menonton teater dan menonton TV.. Namun ini adalah pengalaman pertama bagi adik adik Mak menonton pementasan teater.. Seronok tengok riaksi diorang semasa menonton.. Jap mak kasi upload gambor sambil sambil mak sapu roti sandwish dengan jem untuk bekfes hehe..
mak dan adik2 dalam panggung
antara babak dalam pementasan itu
Babak Sultan Alauddin bersama permaisurinya
babak permaisuri Sultan sedang membuat rancangan untuk membunuh Sultan
Babak Sultan Aluddin mangkat kerana telah diracuni oleh permaisurinya
Waduhh memang bestttt dan memang mantapppp sangat lakonan kesemua mereka di malam itu namun yang paling ketara dan amat terbaek malam itu adalah watak Sultan dan permaisurinya.. Memang meremang bulu roma melihat kesungguhan mereka membawakan watak mereka itu.. Ditambah pulak kesan bunyi yang amat terbaek... Kami semua amat berpuas hati dan rasa rugi kerana menonton pada hari terakhir pementasan itu semalam.. Kalau tidak mau berulang kali tengok teater ini..
dah selesai menonton
dari kiri Adza Rina, Adza tuty & Adza Irda (mak le tu)
Adza Rina
Adza Tuty
dayang dayang istana hahahaha...
Memang Mak puji pementasan teater ni.. Dengan cara ini kita generasi sekarang dapat mengimbau kembali sejarah sejarah yang berlaku pada tanahair kita suatu waktu dahulu.. Jadi tahniah Mak ucapkan kepada seluruh team produksi, krew , para pelakon dan semua yang terlibat terutamanya DBKL . Terbaek...