Friday, July 29, 2011

Pemenang Kilauan Emas

Mak Dara nak tabik spring kepada Astro kerana telah mengadakan satu rancangan yang amat menarik sekali iaitu Rancangan pertandingan menyanyi untuk warga emas.. Memang mak pun dah letih asyik asyik AF dan melihat gelagat anak anak remaja kali ni penonton dihidangkan pula sebuah rancangan yang mencungkil bakat bakat warga emas . Jangan pandang sebelah mata ok.. Semua yang sertai pertandingan nyanyian ni semua otai otai dan power .. Maka sebentar tadi berlangsunglah Kilauan Emas peringkat Final. Peserta yang layak ke peringkat akhir adalah  Azhar Shariff , Mama Shamsiah , Ali Norpiah dan Razif Kadir.. Memang besttt dan layannnn Mak dibuatnya... Nak tahu siapa pemenang pemenangnya...

Pemenang Anugerah Khas Poliden
 Azhar Shariff

Pemenang Tempat keempat
En Razif Kadir

Pemenang Tempat Ketiga
Encik Azhar Shariff

Pemenang Tempat Kedua
Mama Shamsiah


Juara Kilauan Emas (maaf kualiti gambar tidak memuaskan)
Encik Ali Norpiah

Tahniah kepada semua pemenang terutamanya kepada kepada Juara kilauan Emas iaitu Encik Ali Norpiah kerana telah menjuarai pertandingan ini... 


Hmmm umor Mak sekarang dah 34 tahun maka tak lama lagi boleh le Mak masuk kilauan emas ni kan hehehehe

UPIN IPIN Jual Kurma

Haaaa jangan tak tahu.. si kembar yang comel Upin Ipin jual kurma.... Sebenarnya syarikat merekalah yang jual kurma tu dengan menamakan Kurma Upin Ipin.. Seriusss kiuttt sangat kotak kurma keluaran diaorang tu tak percaya ushar ushar di sini ye..


Kiutttt kan... Dengan adanya kurma Upin Ipin ni anak anak kita yang dulunya susah atau tak mahu makan kurma pasti akan berubah fikiran kan kan kan.. Kurma Upin Ipin ni khas untuk keluaran bulan puasa dan raya aje.. Dan semua kurma kurma ni didatangkan dari Oman kalau tak salah Mak.. Mak nak tempah untuk keluarga mak.. Kalau ada yang nak order juga boleh le ke page mereka di SINI.. Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua dan Selamat Berpuasa dari Mak sekeluarga.. =)

FB Mak Dara ada STALKER

Adesssss... Mak ni bukan le retisssss bukanlah siapa siapa.. cuma sorang isteri dan ibu yang beranak empat.. Apa pekdahnyalah sampai nak create fake FB acc semata mata cuma nak stalk Mak... 




Mula mulanya Mak memang tak perasan dengan hal ni tapi rasa pelik juga bila si "stalker" ni meninggalkan komen komen yang kurengg sopan di FB mak.. Tapi mak abaikan aje.. Tapi setelah mendapat mesej di Fb dari teman Mak Dara baru Mak perasan.. Dan terbukti memang dia seorang stalker dan memang Mak kenal dengan dia tu.. Hmmmm ingatkan dah habis dah cerita lama namun nampaknya masih belum selesai.. yang bestnya sepatutnya Mak yang pegi stalk ke acc dia dan bukanlah sebaliknya ini kerana yang memulakan semuanya adalah dia jua... Adoyaiiii Tak perlu lah nak buat fake fb acc dan stalk saya kan lebih bagus you bayar puasa yang lepas.. lagi bagus ada juga faedahnya kan... 

Seronoknya bertemu Blogger ini...

2 hari lepas Mak Dara telah ke Crossroad Shah Alam bagi menonton persembahan D'ADZA iaitu band yang terdiri dari 3 orang adik beradik Mak iaitu Adza Yanie, Adza Tuty dan Adza Rina dan juga abang Ipar Mak iaitu Abang Tengku Norkhizam dan juga teman kami Abang Amri.. Tiba tiba mata Mak Dara terlihat akan seorang anak kecil yang sangattttlah cumilnyaaa... Nak dipendekkan cerita tidak lama kemudian kanak kanak itu datang kemeja Mak bersama ibunya yang sangat jelita.. Macam tak percaya je bila thau itu adalah anaknya.. Yelah si ibu nampak sebijik macam anak dara je kan hehehe... 

Sembang punya sembang punya sembang rupa rupanya ibu kepada Dania kanak kanak cumil itu yang bernama Aimi kenal dengan Mak.. katanya dia ada baca blog mak.. Adessss malu dan segan mak dibuatnya.. Yelah di dalam blog mak kan suka meraban dan meroyan so segan le bila ada yang jumpa karang mereka takut untuk bertegur sapa dengan mak.. Tapi sebaliknya berlaku kepada pertemuan Mak dan Aimi.. Rasa macam dah lama kenal.. Sikapnya yang peramah buat mak rasa selesa dan habis disitu jugak keluar meroyan Mak.. Haha.. Harap harap Aimi tidak serik untuk bertemu dengan Mak lagi ye... Ini antara gambar pertemuan kami pada malam itu..

Aimi berbaju merah polka dot =)



Aimi ada beritahu Mak yang dia ada business menjual tudung.. wahhh bagi yang nak kenal Aimi atau bertanyakan tentang jualan tudungnya boleh le ke blognya ya @ http://bmydania.blogspot.com/ . Kepada Aimi dan seluruh keluarganya yang gojes gojes belaka itu.. salam perkenalan dari Mak semoga kita dapat bertemu lagi ya.. =)