Saturday, July 30, 2011

Mak Dara Nak Mula Meniaga ...

Syukur alhamdullilah sejak Mak Dara menjuinkan diri dalam business hamper dan cookies bersama adik beradik Mak semakin Mak jatuh cinta dengan dunia perniagaan ni.. Sebelum ni hari hari Mak mengadap komputer aje untuk menjalankan kerjaya Mak sebagai penulis skrip.. Kiranya hari hari mengadap benda yang tak bercakap, benda yang tak beremosi benda yang tak dapat nak bergosip gosip dengan mak haha.. Tapi sejak Mak dan adik menjual cookis dan hamper ni Mak dapat bertemu ramai orang dengan menyaksikan pelbagai ragam dan permintaan wahh best jugak ye sesekali bertukar arah ni.. Dan kini syukur alhamdullilah adik Mak telah mendapatkan booth perniagaan di bangunan PKNS Shah Alam.

ADZA HAMPERS & COOKIES



Kedai kami tu no A40 betul betul di hadapan KFC senang je kiranya nak cari hehe Kami akan memulakan perniagaan pada hari kedua atau ketiga bermulanya bulan puasa nanti. Kalau jalan jalan ke Shah Alam dan nak membeli kuih atau hamper raya jangan lupa datang ke kedai Mak ye... Doa doakan untuk perniagaan dan Mak ye =)