Sunday, July 31, 2011

Nikmat berSKODENG Malam Ini..

Haaaa.. Jangan betulkan kaca pc atau lappy anda ya.. Mak bukan nak buang tebiat mahupun nak membuat segmen 18sx hokey.. Mak nak cerita pasal skodeng dan nikmatnya bersekodeng pada malam ini.. Skodeng apa? Skodeng ini lah..

+
=
(gambor tajaan uncle google)

Takmo takmo fikir yang bukan bukan ok hahaha.. Haaa kan nikmat berskodeng pada malam ni.. Nikmat yang tidak terhingga untuk mengetahui bilakah tarikh untuk kita berpuasa betul tak hehe.. Tarikh melihat anak bulan bagi menentukan permulaan puasa bagi umat Islam di seluruh Malaysia ialah pada petang ini, Ahad 31 Julai bersamaan 29 Syaaban 1432 Hijrah.

Fuhhh pejam celik pejam celik dah nak sambut puasa lagi kan.. memang pantas masa berlalu rasanya macam baru je sambut puasa dan raya hehe.. Tapi yang paling mak tak sabar malam ni ialah nak melihat pengishtiran tarikh puasa.. Nostalgia betul setiap kali melihat pengishtiharan ni rasa macam kembali ke zaman kanak kanak..

Heheh jangan percaya dulu ya belom tentu esok puasa ye hehe

Ahlan Wa-Sahlan Marhaban Yaa Syahru Romadhon Al-Mubaroq, 1432 H, Selamat menyambut dan menjalankan ibadah dalam Syahru Romadhon Al-Mubaroq. Mohon maaf lahir dan bathin. Semoga dengan berkah dan rahmat Allah s.w.t. dapat meningkatkan iman dan taqwa kita. Amien YRA.

SMILEY SUNDAY

Terdapat Wordless Wednesday , Spontaneous Thursday.. Kini Mak Dara nak mulakan "SMILEY SUNDAY" Untuk menyertainya amat mudah.

1. Buat entry bertajuk "SMILEY SUNDAY"

2. Letakkan smiley yang mewakili mood atau perasaan anda pada waktu ini dan terangkan  tentang smiley atau mood anda itu contohnya tengah gembira,marah, sedih dll di hari Ahad yang indah ni ye =)

3. Dah selesai letakkan url anda di sini ye..


pic by google