Tuesday, August 2, 2011

Sakan di Bazaar Ramadhan

Sakan.. Memang Sakan.... Sakan sungguh Mak Dara bersama somi dan anak anak membeli juadah berbuka puasa petang tadi.. Bak kata pantang nampak semua pun rasa nak makan.. Hahahaha biasalah baru 2 hari puasa kan maka semangat berpuasa tinggi... Nak nak pulak Bazaar Ramadhan ni amatle dekatnye dengan rumah Mak.. Dalam 30 langkah dah sampai.. Maka faham faham ajelah.. pelbagai bau dan aroma orang meniaga sampai kerumah Mak memang tergugat Iman dibuatnya haha.. Moh layan gambor Mak dan keluaraga di Bazaar Ramadhan AU5 ye..

Bazaar Ramadhan AU5 

Bazaar Ramadhan AU5 

Anak2 Mak Adza Kasih Safea dan Adza Isabella tengah beli air =)

Anak teruna Mak Adza Haiqal bersama somi mak Martias tengah beli kuih muih

hehehe Mak tengah menunggu murtabak daging yang tak siap siap.. haha

Somi dan anak anak Mak hehe

Haaaaaa... Sakan kan.. Macam macam dibeli.. Almaklumla mak ni keluarga besar kan hehe.. Hmmm tiba tiba terpikir nak buat segmen.. BAZAR RAMADAHAN DI TEMPAT SAYA hehe... amacam ada yang nak join tak? =)

Asyik Sibuk ucapkan Selamat Berpuasa kepada kawan kawan sampai terlupa pada yang tersayang.. Adess

Haaaa bukan main panjang lagi tajuk entry Mak hari ni kan.. Eh sebelum tu.. Salam dan Selamat Berpuasa kepada semua rakan rakan Mak ye.. Haaa hari ni masuk le hari kedua kita berpuasa.. Syukur alhamdullilah setakat sekarang dan saat ini semuanya ok.. masih cergas belom terasa lapar walaupun di TV dok sakan melayan AFC asian food channel hehehe.. Ok hari ni mak nak cerita pasal ucapan.. Ucapan Selamat Berpuasa.. Haaaa mesti berduyunnnn duyunnn dan berpuluh puluh lemon ucapan Selamat Berpuasa yang anda terima di FB mahupun di blog kan.. dan pastinya anda akan segera dan pantas membalas ucapan itu kembali.. Itulah yang berlaku pada Mak sejak bermulanya puasa ni.. Sakannnn tulis selamat berpuasa sana.. selamat berpuasa sini.. Ada tu sampai berpantun pantun.. last last Mak teringat akan sesuatu...

"Asyik Sibuk ucapkan Selamat Berpuasa kepada kawan kawan sampai terlupa pada yang tersayang.. Adess"

Adakah anda pun satu geng dengan Mak.. Kalau ya cepat cepat le hantorkan ucapan selamat berpuasa kepada tersayang.. Tak kira le kepada somi ke isteri ke, tunang ke, boipren ke gepren ke.. tapi rasanya kalau dok tengah berkapel tu kompom sebulan sebelum puasa dah wish dah almaklumlah tengah hangat bercinta kan hehehe... Ada yang fikir tak payah le nak ucap sebab duduk satu rumah .. hari hari jumpa.. tapi bagi mak kalau dapat ucapan dari tersayang kompom hati ala happy.. bibir ada senyum.. mood ala baik.. sekurang kurangnya rasa diri dihargaikan.. Bukannya suruh hari hari tepek dan luahkan perasaan cinta dan rindu kat wall pasangan tu.. Kalau macam tu mak pun rimas cik kiah cik bedah oi hehe..  So lepas dah perasan cepat2le mak tulis bingkisan dan coretan isteri buat somi mak yang tersayang... 


Ok jangan muntah bila dah habis baca ye karang batl posa tu kang hehehe.. Haaa pada kaum somi, kaum isteri dan yang berpasangan tu kalo belum tu cepat cepat le ucapkan pada tersayang k.. renung renungkan dan selamat berpuasa =)

Segmen Kancil8349 : Pengalaman Korang Semasa Dan Selepas Solat Terawih


Selamat pagi dan selamat berpuasa ya pagi ni Mak Dara bersemangat nak makan errrr nak maaaasuk segmen adik Kancil. Blogger Kancil 8349 ni antara pengomen dan pembaca yang setia di blog Mak ni jadi kompom kompom le Mak mesti menjuinkan diri untuk segmennya... Ok senang je apa yang perlu buat adalah ceritakan pengalaman solat terawih. Hmmm pengalaman masa dah tua tua ni dah macam kurang best kalau nak cerita kalau time kecik kecik tu baru best nak cerita kan.. 

Masa kecik kecik Mak memang ada geng untuk solat terawih..Geng Mak terdiri dari adik beradik Mak Adza Yanie, Adza Tuty dan beberapa lagi jiran terdekat Mak. nak dijadikan cerita satu hari Mak ni lewat le nak bersiap pegi terawih dan sampai hatinya semua adik beradik dan jiran mak tinggalkan Mak.. niat di hati tu nak ponteng aje tapi bila tengok lirikan mata dari abah Mak Dara terus kansel dan gagahkan juga sorang sorang pegi ke masjid. Aiseyman dah le jalan ke surau di taman perumahan mak tu kadang kadang ada kadang kadang takde.. macam biskut nak pulak malam tu memang takde makin seram je Mak dibuatnya . Makin lama makin laju kaki melangkah. makin lama makin terasa ada yang memerhati.. dari jalan terus berlari kalau boleh dari berlari nak je terbang tapi tak bolehkan maka mak lari selaju yang mungkin . Last last sampai juga akhirnya ke Masjid.. Ish mesti korang kata apa punya cerita ni Mak macam takde apa apa yang menarik pun.. Haaa meh mak nak cerita sesuatu yang menarik.. 

Sesampainya di surau mak tengok takde sorang pun adik beradik atau jiran mak disitu.. rupa rupanya diorang semua ponteng terawih nak tahu diorang kemana? sorang lagi jiran terdekat mak bagitau mak yang dioarang pegi pasar malam masing masing nak pegi recce baju raya dan kenapa diaorang tak bawak Mak sebab mak ni mulut kaypoh sikit diorang takut mak buka mulut dan cerita pada Ibu dan Abah mak .. Sekembalinya diorang kerumah Abah dah tunggu.. Apa lagi piapppp le maknanya.. Haa semua geram dengan Mak.. hehehe tu jelah antara kenangan Mak semasa terawih di zaman kanak kanak

Pada sesiapa yang nak join segmen KANCIL ni sila klik di SINI ye

Sukaaa Betul Melihat Pasangan Blogger Ini..

Salammm dan selamat pagi semua.. Semua dah tido ke dah tido hehe ye lah dah pukul 1:57 pagi sekarang ni karang nak bangun sahur lagi kan.. Tapi bagi yang masih belom mau tido moh le layan baca entry mak ni ye.. Almaklumlah siang hari Mak sibuk dengan menyiapkan tempahan hamper makanya pepagi buta jelah baru mak boleh update.. Ok dah lari dari tajuk.. Ok nak tahu pasangan mana yang Mak suka tenguk.. Pasangan suami isteri Mia Liana dan suaminya.. Yup dari pertama kali mak jumpa pasangan suami isteri ni memang Mak sukaaaa betul melihat mereka.. Very understanding, loving saling support antara satu sama lain.. Memang happy and sweet couple mereka ini..

Dan kejap tadi Mak baru perasan dengan header baru Mia ini.. Waduhhh terasa seperti berada di negeri arablah.. veryyyyy niceee.. amat bersesuaian sekali dengan bulan ramadhan yang mulia ini.. Kata Mia gambar ini adalah gambar perkahwinannya.. Memangggg cantekkk dan mak sukaa sangat.. Ni yang nak gi geledah gambor gambor lama mak untuk buat header macam Mia ni hehe..


Untuk Mia dan suami Mak ingin mengucapkan Selamat menyambut bulan ramadan dan selamat berpuasa dari Mak Dara sekeluaraga semoga kita dapat bertemu lagi nanti ya insyaallah..