Monday, August 8, 2011

Lagu Raya Yang Paling Saya Minat Sampai Bila Bila...


Salam dan selamat berpuasa .. Pada yang tak dapat berpuasa tu jangan lupa ganti nanti ye hehe.. Ok hari ni Mak terpanggil untuk membuat satu BABAK (segmen) iaitu babak "Lagu Raya Yang Paling Saya Minat Sampai Bila Bila" .. nak join mudah aje..

1) Buat satu entry bertajuk"LAGU RAYA YANG PALING SAYA MINAT SAMPAI BILA BILA" 
2) Tepek header Mak di atas dan linkkan ke blog ini..
3) Berikan tajuk lagu raya yang paling anda minati tersebut..
(lagi cantik kalau ada youtube lagu raya tersebut atau nak tepek lirik pun bolehhh =)
4) Berikan sebab kenapa anda terlalu minati lagu raya tersebut?
5) Dah selesai hantarkan link url anda di komen box di bawah ye

Haaa senang je kan..Bagi Mak Dara lagu raya yang paling Mak Dara minati ialah lagu raya iklan Eon nyanyian Jamal Abdilah dan Raja Ema.. Entah le memang peberet mak sampai bila bilalah tu hehe...


Hmmm tak sabar nak tahu lagu raya yang mana yang paling anda minati... =)