Tuesday, August 16, 2011

Apa Yang Sedang Para Blogger Buat Di Kala Dan Saat Ini?

Hmmmm tiba tiba malam ni mood Mak dara nak jadi busy body sikit.. Teringin jugak nak tahu apalah yang sedang dilakukan oleh para blogger pada saat dan ketika ini.. (selain dari berblog lah kan hehe)... Adakah yang tengah tengok TV? Tengah makan supper? Tengah bikin langsir raya? Tengah buat kuih raya atau ada yang dah tidor dibuai mimpi.. haaa kalau yang dah tido tu kompomlah tak boleh nak jawapkan.. kalau berjawap jugak teror la tu kan hahahaha.. Kalau nak tahu apa yang Mak dara tengah buat pada saat dan tika ini ialah......


Mak tengah melayan anak bongsu Mak si Isabella dalam sesi menggeget dan menghabiskan rambutan kuning yang dibeli semalam hehehehe.. Hmmm boleh korang beritahu Mak apa yang sedang anda lakukan pada saat dan ketika ini?