Friday, August 19, 2011

URUTAN DARA

Haaaa selamat malam pada semua teman teman yang amat Mak kasihi.. Selamat datang ke rancangan Mak Dara dan topik kita malam ini adalah "URUTAN DARA"...

Errrrkkk... jangan sentap atau tersentap mahupun menyentap... Mak Dara bukan nak buang tabiat untuk buat topik topik gila macam ni cuma Mak terkejut bila terjumpa kekata kunci ini di blog Blog Mak Dara kejap tadi..


Adoyaiiii di bulan yang mulia ini ada juga yang nak search pelik pelik di blog mak ni ye adessss... Harap maaf lah ye.. Mak ni Mak Dara dan bukan Mak Bidan yang pandai dalam bab bab urut mengurut ni lebih lebih lagi urutan dara ye .. Hahaha adesss kelakor pun ade...

KAMI BLOGGER PRIHATIN

Santai Bersama BEN ASHAARI

Tahukah anda terjadi satu kematian kanak kanak pada setiap 6 minit di Somalia akibat kebuluran?


6 minit!!!! tahukah berapa kanak kanak yang akan meninggal dunia dalam masa sejam.. dua jam.. sepuluh jam?? sehari?. bagaimana pula jika setahun atau sepuluh tahun?? masyaallah...
Sebagai blogger , kita punya tanggungjawab sosial tersendiri . Berbeza dengan mereka yang bukan blogger . Blogger memainkan peranan yang penting di waktu ini memandangkan dunia internet telah mendapat sambutan yang amat hebat . Blogger perlu bijak mengambil kesempatan ini dengan menghebahkan mengenai kempen ini di dalam blog masing masing .. Dan itulah yang dilakuakan oleh Ben Ashaari dalam segmen segmennya bagi menyebar dan membantu mereka insan insan di Somalia..
RM 3 juta menjelang Syawal yg IRM perlukan utk Somalia tidak mustahil, Insya ALlah! Dermalah dlm 10 terakhir Ramadan ini. "
Buat rakan rakan blogger , jom kita sebarkan melalui segmen ini jika ada yang berminat untuk menderma , boleh ke laman ini :http://irmblog.org/2011/07/serious-drought-in-somalia-affecting-livelihoods/