Dah beli baju raya? langsir raya? kasut raya? Dimana anda shopping raya? Pada warga kota antara lokasi wajib untuk membeli belah untuk persiapan hari raya ialah di Masjid India... Setuju tak? setuju je lah ye hehehe.. Ya semalam mak dan keluarga pun tak terlepas dari pergi membeli belah di masjid India.. Apa yang mak boleh katakan..... MAK AIII RAMAINYA MANUSIA...... huhuhu

suasana di Masjid India pada pukul 10 malam semalam
(gambor oleh somi mak hehe)
Memang penuh sesak.. Nak nak pulak tu Mak Dara bersama somi dan 4 orang anak.. jenuh le pegang dan dukung mereka sepanjang jalan di Masjid india tu naik lenguh Mak dan Somi dibuatnya.. Akhirnya kami cuma dapat membeli baju melayu untuk anak teruna mak tu.. Dan raya tahun ni kompom tema baju raya mak sekeluarga warna hijau.. Itulah yang dah dipilih oleh anak anak mak so terpaksa turutkan ajelah walaupun dalam hati nak merasa warna biru turquoise huhu... Pendek kata harga harga baju baju raya di Masjid India tinggi.. mahal.. Mungkin diorang nak tunggu last day baru nak kasi lelong kot..
Apa apapun kami beredar dari situ dengan kadar yang segera dek kerana berduyun duyun lagi lautan manusia yang semakin memenuhi setiap inci kawasan itu.. Jadi hari ni mak nak ke ampang park pulak nak beli baju raya kat kedai yang tiap2 tahun mak pegi tu . Dah kenal senang sikit boleh dapat diskaun hehe