Monday, August 22, 2011

BLOGGER LEKATLEKITGURL TELAH SELAMAT MELAHIRKAN BABY GIRL


Siapa yang tak kenal dengan blogger LEKATLEKIT GURL ni kan.. Saban hari pasti ada aje cerita dan entry melekat lekit darinya.. Memang best sangat blog beliau ni.. Kalau nak tahu Lekit atau Mak Dara panggilnya dengan nama Suria ni memang mak kenal dengan keluarga Mak sejak dari dia di bangku sekolah lagi.. Kakak Mak Dara pernah menjadi guru sementara dan mengajarnya dulu . Dan Surialah lah memberi support pada Mak untuk masuk kedunia blog ini. memang Mak akan kenang sampai bila bila.. Terima kasih ye Suria..

Ok berbalik pada tajuk di atas.. Dalam sehari dua ni Mak perasan yang Suria tak lagi mengupdate blog hairan dan risau pun ada sebab memang Mak dah tahu yang Suria ni dah sarat dan hanya menunggu hari.. Tup tup hari ini mak terbaca entry dari Suria..TERAWAL PULA KELUARNYA.. kompom ramalan Mak benar belaka!! Suria telah selamat melahirkan anak sulungnya pada hari Sabtu lepas.. Baby girl.. Tahniah Suria dari Kak Ida sekeluarga.. Mak rasa baby Suria tu keluar awal sebab nak sambur raya bersama mama dan papanya tu hehe.. Nanti kasi upload gambar baby tu ye tak sabar Mak nak tengok...